Isnin, 3 Disember 2012

Keputusan hukuman SPA ke atas pengarah kesihatan yang bersalah kerana khalwat

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman yang digantung kerja berikutan kes khalwat baru-baru ini diturunkan pangkat ke satu gred yang lebih rendah daripada jawatan yang disandang sekarang.






Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Tan Sri Mahmood Adam, berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat SPA yang diadakan hari ini.







Mahmood dalam kenyataannya berkata, tindakan tatatertib terhadap Dr Hasan yang juga Pegawai Perubatan Gred Utama Turus II, Kementerian Kesihatan itu dibuat mengikut Peraturan 33(1), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.



Pada 26 November lalu, SPA memutuskan Dr Hasan digantung kerja sehingga keputusan tatatertib diputuskan dalam mesyuarat hari ini.

SPA juga memutuskan supaya Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, Jururawat Gred U41, Kementerian Kesihatan dikenakan tindakan turun tiga pergerakan gaji bagi tempoh 12 bulan.

Pada 14 November lalu Dr Hasan, 56, dan Wan Syarifah Nooraazmanita, 36, masing-masing didenda RM3,000 dan RM2,900 oleh Mahkamah Tinggi Syariah selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah bilik Hotel Pullman Putrajaya, di sini pada 2.18 pagi hari sama. - BERNAMA


sumber sini






RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

GENERATE INCOME HALAL berkata...

Betul tu Ismail Rosiah.. Perintah AM Bab D tu beb.. turun gred daripada Turus II ke Turus III, apa ada beb.. masih dapar perks yang banyak lagi tu..

Kalau staff sokongan, sure ikut Perintah AM bebetul..