Ahad, 9 Disember 2012

Janji monorel, janji tidak ditepati dan janji politik haprak

Jika BN menang ... Jika BN memerintah negeri P.Pinang .. kenapa perlu jika? Memang dasar jahat dan busuk hati. Tidak seperti negara lebih maju, siapa pun yang memerintah, pembangunan tetap dijalankan.

Sampai bila politik BN akan terus menerus begini .. busuk dan haprak ..Orang Penang yang baca post ini, sila like tanda menolak politik busuk BN!





Ketua Menteri Pulau Pinang berkata janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk membina sistem monorel untuk negeri itu merupakan janji sama yang belum dipenuhi oleh pentadbiran sebelum ini.

Lim berkata, bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi juga menjanjikan sistem monorel untuk warga Pulau Pinang tetapi ia tidak dipenuhi.

"Ini kali kedua perdana menteri membuat janji seperti ini... Saya tidak tahu berapa banyak perdana menteri yang perlu berjanji sehingga Pulau Pinang dapat monorel.

"Ia dijanjikan BN tetapi tidak pernah dibina, ini adalah janji yang tidak ditepati," katanya yang merujuk kepada slogan "Janji Ditepai BN" dalam sidang media selepas pembukaan kongress Wanita dan Pemuda DAP di Kuala Lumpur hari ini.

Tambahnya, monorel itu sudah lama dijanjikan oleh kerajaan persekutuan dan sepatutnya ditunaikan tanpa dijadikan modal pilihan raya.

"Kenapa buat syarat (jika BN menang)? BN menjanjikannya bawah pentadbiran sebelum ini, jadi kenapa perdana menteri kata ia hanya boleh dijalankan jika BN menang?," kata Lim.

Katanya lagi, warga Pulau Pinang tidak mungkin termakan janji seperti itu apabila ia tidak ditunaikan sebelum ini.

"Anda fikir orang akan percaya dengan janji itu?," soalnyna.


sumber sini





RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: