Sabtu, 29 Disember 2012

Fakta Kes Tentang Pemandu Teksi yang sengsara di bawah kroni UMNO-BN?

Apa yg pemandu kena teksi kena bayar (wajib)
Downpayment RM5,000
Bayaran harian RM50 x 30hari = RM1500
Segala Petrol/NGV/­penyelenggaraan semua pemandu teksi tanggung termasuk laa hari kereta x jalan, tp UFTI kepada kroni penyamun tetap kena bayar RM50 sehari.

... baca lanjut pendedahan kat bawah ...

PETALING JAYA, 28 DIS : Pakatan Rakyat (PR) memberikan jaminan akan membela kebajikan dan masa hadapan pemandu teksi seluruh negara apabila gagasan itu mentadbir Putrajaya selepas Pilihanraya Umum Ke-13 nanti.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemandu teksi berhak memperolehi permit teksi yang merupakan hak mereka.

“Patut malu orang kaya-raya memperolehi permit teksi yang diambil daripada titik peluh dan darah keringat orang-orang susah.

“Kita akan minta mereka-mereka ini serah balik permit teksi dan kita akan kembalikan semula kepada pemandu teksi,” kata Anwar.






Beliau berkata demikian semasa Perhimpunan Raksasa Pemandu-Pemandu Teksi Bersama Pemimpin Tertinggi Pakatan Rakyat yang diadakan di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini.

Jelas Anwar, pemandu teksi berperanan penting dalam mencorakkan masa hadapan negara dengan menjadi agen perubahan masyarakat.

Ianya dapat dilaksanakan dengan pemandu teksi proaktif memberikan penjelasan kepada penumpang situasi negara yang kini tenat.

“Pemandu teksi boleh menjadi agen perubahan yang membawa puluhan penumpang setiap hari bagi memberikan penjelasan untuk selamatkan negara ini,” katanya.

“99 peratus pemandu teksi mengetahui apa itu perjuangan rakyat, bencikan kezaliman kerajaan Barisan Nasional.

“Jasa saudara-saudara (pemandu teksi) kepada perjuangan ini adalah besar,” ujarnya.

Katanya, pemandu teksi perlu memberikan mesej jelas kepada kerajaan pimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) dalam PRU-13 ini agar nasib mereka lebih terbela.

Anwar turut membidas pimpinan Umno-BN yang cuba mengalih isu yang dihadapi pemandu teksi dengan pemberian tayar percuma sedangkan isu permit gagal diselesaikan.

“Najib gagal beri permit teksi kepada pemandu atau individu, hanya tahu beri tayar TR1M yang hanya boleh bertahan enam bulan sahaja.

“Dia (Najib) gagal memahami kesusahan pemandu teksi untuk mendapatkan permit,” katanya.

Kira-kira lebih 600 pemandu teksi hadir dalam himpunan itu bagi menyatakan sokongan kepada PR untuk membawa perubahan kepada sistem pengangkutan teksi di negara ini.

Turut hadir Exco Selangor – Ronnie Liu, MP Puchong – Gobind Singh Deo, MP Petaling Jaya Selatan – Hee Loy Sian, MP Bukit Gantang – Mohammad Nizar Jamaluddin dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang – Dr P.Ramasamy.

sumber sini

Apa yg pemandu kena teksi kena bayar (wajib)
Downpayment RM5,000
Bayaran harian RM50 x 30hari = RM1500
Segala Petrol/NGV/­penyelenggaraan semua pemandu teksi tanggung termasuk laa hari kereta x jalan, tp UFTI kepada kroni penyamun tetap kena bayar RM50 sehari.

RM1500 (Kroni terima)
RM 600 (Kroni bayar ke bank)
------
RM 900 (Kroni untung atas angin hasil titik peluh pemandu teksi)

RM 900 x 100 biji teksi = RM90,000 sebulan duit buter je kroni dapat. (Ni kalu 100 permit, malah lg lebih berlambak!)

Siapa Mangsa..
1. Tentu laa driver teksi, kerja bagai nk rak, tp dpt sisa je...
2. Penumpang (rakyat) - tambang terpaksa dinaikan, bukan utk pendapatan driver teksi, ttp hakikatnya utk UFTI kroni...

RM 100 pendapatan 8 jam pertama
RM (50) (Kroni Ha***Jadah)
--------
RM 50 Utg Kasar
RM (15) NGV
RM (10) Purata penyelengaraan
---------
RM 25 Bersih utk 8 jam pertama

Kalu nk lebih,TERPAKSA kerja kerja lebih.. ada tuh sampai 16 jam sehari..

HA*** JADAH BN Mentekedarah Hasil Titik Peluh Pemandu Teksi..

-petikan dari sumber facebook-

p/s: aku tak pasti sama ada fakta atau auta. Tapi memang isu permit dan kos ini aku pernah dengar dari orang teksi sendiri, cuma tak detail macam ni.

Lepas ni mesti ada benda best buat driver teksi sebelum PRU13. sepatutnya driver teksi kena berterima kasih juga kat PR sebab dengan adanya PR baru mereka celik mata .. hehehhe

Kalau aku jadi tempat driver teksi, sakit hati .. tak taulah korang ..?





RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: