Rabu, 14 November 2012

Musa Aman mesti jawab penyucian wang haram RM275 juta di Switzerland

Jingga 13 Sabah mendesak Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman menjelaskan isu dakwaan penyucian wang haram oleh Bank UBS Switzerland melibatkan kira-kira US$90 juta (kira-kira RM275 juta) bagi pihak Musa dan Michael Chia yang turut didakwa sebagai penamanya.

Laporan NGO Switzerland, Bruno Manser Fund (BMF) terhadap kes tersebut bakal dibicarakan di Mahkamah Jenayah Persekutuan Switzerland benar-benar memalukan rakyat Sabah terhadap perbuatan jenayah yang dilakukan oleh seorang yang bergelar Ketua Menteri Sabah.






Malah sepertimana dilaporkan oleh Malaysiakini, sejumlah 255 rakyat Malaysia dengan bantuan NGO Switzerland, Bruno Manser Fund (BMF) memohon diberi status plaintif dalam kes jenayah yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman membuktikan bahawa kes tersebut sangat serius dan beliau wajar memberikan penjelasan.

Musa terus mendiamkan diri sama ada melibatkan skandal wang haram RM40 juta dan kini kes penyucian wang haram di Switzerland yang ternyata turut melibatkan sejumlah ratusan juta Ringgit Malaysia dan Micheal Chia.

Jingga 13 mendesak agar Datuk Seri Musa Aman dengan segera meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah sekiranya beliau mempunyai maruah dan harga diri.

Erveana Ansari
Koordinator Jingga 13 Sabah


sumber sini




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: