Sabtu, 24 November 2012

Apa reaksi rakyat Kelantan tentang berita ini?

BACHOK, 23 Nov — Umno Kelantan akan mendedahkan penyelewengan akidah PAS serta kegagalan parti pembangkang itu membawa pembangunan di Kelantan pada Perhimpunan Agung Umno yang akan berlangsung dari 26 November hingga 1 Disember depan.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin (gambar) berkata Kelantan tidak seharusnya terpinggir dalam arus pembangunan perdana dan ia ketinggalan jauh berbanding negeri-negeri lain akibat kegagalan PAS menjana ekonomi.






Isu kemudahan asas terutama lebuh raya, stadium, peluang pekerjaan, pelaburan dan bekalan air bersih juga akan didedahkan oleh perwakilan dari Kelantan pada perhimpunan itu, katanya kepada pemberita selepas menyambut peserta Konvoi Jelajah Janji Ditepati di Kampung Beris Lalang di sini, hari ini.

Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata kemenangan Barisan Nasional di Kelantan pada pilihan raya ke-13 akan datang amat penting bagi kelangsungan orang Melayu dan agama Islam.

Pada majlis itu, lebih 100 kenderaan termasuk bas dan motosikal berkuasa tinggi menyertai jelajah itu yang membawa slogan “Gelombang Merah” yang dianjurkan Pergerakan Pemuda Umno Kelantan. — Bernama


sumber sini




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

MusalBachoki berkata...

kah kah kah!
rakyat bertanya dimana hendak ditanam mayat UMNO, adakah tanam dikubur atau dicampak ke laut.
inilah yang ada dalam pemikiran rakyat. Namun orang yang nazak seperti UMNO masih ada selera hendak menahan arus.

BUMS (Buang Umno Melayu Selamat)

Tanpa Nama berkata...

kesian tok wang.. senator abih tempoh.. klu x menang ngundi ni... balik koyok nyor la... sapolagi hok gong nok undi tok awe... angkat tangan ... kah..kah.......