Khamis, 27 September 2012

Tak ke lawak namanya, pakar paip dapat tender LRT

KUALA LUMPUR 27 September: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didesak mendedahkan butiran keputusan tender projek sambungan LRT Ampang bernilai RM1.084 bilion yang dianugerahkan kepada George Kent-Lion Pacific JV (GKLP JV).

Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian mempersoal bagaimana syarikat itu memenangi projek tersebut yang kononnya melalui tender terbuka, walaupun tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pembinaan rel.

“Kita nak tahu bagaimana George Kent yang tiada pengalaman boleh dianugerah tender projek awam bernilai lebih RM1 bilion. Kita khuatir sama ada mereka boleh laksanakan projek, kerana latar syarikat ini hanya berpengalaman dalam projek pemasangan paip,” kata Hee kepada Keadilan Daily.

Dalam jawapan bertulis Menteri Kewangan kepada Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Selasa lalu, Najib selaku menteri berkaitan mempertahankan bahawa GKLP JV adalah gabungan syarikat tempatan yang berkeupayaan dari segi kewangan untuk menjalankan projek tersebut.

“Sangat menghairankan apabila jawapan Menteri mengatakan bahawa penender lain berpuas hati dengan keputusan. Butirannya mesti didedahkan kepada umum kerana projek ini guna dana awam.

“Kita nak tahu mengapa tujuh lagi pembida projek tidak bantah. Apakah sebab syarikat yang dapat projek ini rapat dengan Perdana Menteri?” soalnya.

“Orang ramai tertanya-tanya apakah ada rahsia yang cuba disembunyikan? Sampai hari ini, tidak ada penjelasan terperinci melainkan jawapan Menteri yang bersifat umum.

“Jawapan Menteri Kewangan semalam tidak adil kepada pembida dan tidak adil kepada rakyat. Kita hairan bagaimana dokumen melibatkan projek ini diklasifikasi di bawah Akta Rahsia Rasmi,” katanya.

“Apakah tindakan menawar tender secara terbuka, kemudian memilih kroni untuk projek ini hanya ‘wayang kerajaan?” soal Hee lagi. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=36927

sumber sini

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

hahaha....ble ar...sarijat pn dpt tender lembu lau pn xtau sal lembu..haha..xlma lg perogol pn na bg projek catering mjlis krjn.....hahahaha...ok x..

Tanpa Nama berkata...

umno bn haram jadah hanya melayu bangang dan bahalol masih sayang dan cinta pada yahudii parti syaitan umno.