Jumaat, 7 September 2012

Mahathir dan UMNO semakin takut dengan bayang-bayang sendiri

KUALA LUMPUR 7 September: Kerajaan BN tidak mampu merampas kembali Putrajaya jika Pakatan Rakyat (Pakatan) menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang, kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.
Terserlah ketakutan Mahathir

Beliau berkata, BN takut Pakatan akan memerintah jauh lebih baik dengan jaminan keadilan akan dilaksana berasaskan keluhuran Perlembagaan.







“Sebab itu BN menakut-nakutkan rakyat supaya tidak memilih Pakatan dalam pilihan raya akan datang. Sebab dia tidak yakin BN boleh merampas kembali Putrajaya jika Pakatan menang.

“BN pun sedar selama ini mereka tidak pernah memerintah dengan baik apatah lagi berlaku adil kepada semua pihak.

“Apabila kita berjaya menawan Putrajaya, kita akan memerintah jauh lebih baik daripada BN. Kita menjamin keadilan kepada seluruh rakyat Malaysia dari segi politik, ekonomi dan sosial,” katanya ketika dihubungi.

Semalam, Tun Dr Mahathir Mohamad menakut-nakutkan rakyat supaya tidak memilih Pakatan pada PRU-13 kononnya rakyat tidak berupaya kembali kepada BN jika Pakatan memerintah.

Mantan Perdana Menteri yang pernah memerintah secara rejim selama 22 tahun itu berpandangan, Pakatan akan menggunakan apa cara sekalipun untuk mengekalkan kuasa.

Mengulas perkara itu, Surendran berkata, Mahathir sepatutnya sedar selama 55 tahun BN memerintah, mereka menggunakan pelbagai cara untuk mengekalkan kuasa termasuk keganasan politik dan penipuan dalam pilihan raya.

“Mungkin Mahathir terlupa siapa sebenarnya yang memerintah secara tidak adil dan mengamalkan politk berat sebelah,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad menyifatkan Mahathir tidak peka perkembangan semasa apabila memberi amaran tersebut kepada rakyat.

Kata Nik Nazmi, zaman kini sudah berubah dan rakyat lebih matang untuk memilih kerajaan.

“Saya rasa dia tidak peka kepada situasi yang berlaku dalam dunia sekarang. Saya rasa rakyat sudah matang dan mampu membuat keputusan sendiri dengan baik.

“Jika pemerintah baru tidak mengamalkan corak pentadbiran yang lebih baik dan telus, mereka boleh nilaikannya sendiri,” katanya. (KD)

PBO: Ya Allah, panjangkanlah umur Mahathir.

sumber sini




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: