Selasa, 17 Julai 2012

Kes Altantuya: Kementerian Mongolia, penyiasat ke Malaysia

KUALA LUMPUR 16 Julai: Sekurang-kurangnya dua kementerian dari Mongolia akan datang ke Malaysia bersama
penyiasat mereka pada Ogos ini untuk mengendalikan kes pembunuhan Altantuya Shaaribuu, kata Ahli Parlimen Kelana
Jaya, Loh Gwo Burne.

“Berdasarkan laporan yang saya perolehi, kemungkinan dua kementerian Mongolia akan turut hadir bersama.
Kementerian tersebut adalah Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan dan juga Kementerian Keadilan.








“Kementerian lain dari sana juga berkemungkinan besar akan turut bersama ke Malaysia untuk melihat perkembangan
siasatan,” kata beliau kepada Keadilan Daily.

Gwo Burne berkata, kedatangan penyiasat dan Kementerian Mongolia mungkin untuk tempoh beberapa minggu.

“Skop siasatan pula lebih kepada dari segi aspek polis dan prosedur undang-undang negara. Mereka juga akan melihat
hubungan antara polis Mongolia-Malaysia.

“Penguakuasa undang-undang dari Mongolia juga akan dihantar untuk membantu penyiasatan,” jelas Gwo Burne.

sumber sini





RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: