Isnin, 18 Jun 2012

Siapa yang boleh dakwa Peguam Negara?

Peguam dengan fiat (perintah khas) daripada kerajaan boleh mendakwa peguam negara dalam kes melibatnya secara peribadi, kata 'menteri undang-undang' Datuk Seri Nazri Aziz.

Dalam kes pendakwaan terhadap peguam negara sebagai individu, dia tidak dapat didakwa oleh orang yang berkhidmat di bawahnya kerana ia sukar dilakukan, kata Nazri.







Bawah perlembagaan, tambahnya, perintah khas boleh diberikan kepada individu, sebagai contoh pengamal undang-undang, untuk membuat pendakwaan.

Nazri menjawab soalan Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat yang bertanya bagaimana aduan terhadap peguam negara dikendalikan.

Gobind merujuk kepada dakwaan bekas ketua jabatan siasatan jenayah Kuala Lumpur Mat Zain Ibrahim dalam wawancara dengan Malaysiakini bahawa peguam negara sekarang terlibat menyembunyikan kes rasuah melibatkan ketua menteri daripada didakwa di mahkamah. (m.kini)

sumber sini




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: