“Setahu saya, kita (SPRM) tak pernah kata nak panggil sesiapa siasat kes terbabit.
“Malah kita juga tidak pernah beritahu sama ada akan siasat semula atau tidak berhubung kes berkenaan,” katanya selepas menyerahkan Laporan Tahunan SPRM 2011 kepada Pengerusi Jawatankuasa Khas Tentang Rasuah, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad, semalam.
Abu Kassim berkata, semua pihak perlu faham bahawa siasatan sesuatu kes hanya akan dijalankan atau dibuka semula, jika terdapat bukti baru yang benar-benar kukuh.
“Jika bukti itu jelas, baru kita akan tentukan sama ada terdapat keperluan membuka siasatan semula atau tidak,” katanya.
Sebelum ini, Anwar pernah menyatakan kesediaan disiasat SPRM, jika kes berhubung pemilikan aset berjumlah RM3 bilion itu dibuka semula.
Terbaru, Pas juga menyatakan pendirian bahawa parti itu tidak ada masalah untuk memberi ruang kepada SPRM untuk menyiasat Anwar berhubung kes itu.
sumber sini
PBO: kalau Najib, Muhyiddin dan keseluruhan pemimpin UMNO memang baik sila dedah aset dan akaun masing2. perompak rakyat ni mana mungkin buat begitu.
0 respon:
Catat Ulasan