Rabu, 2 Mei 2012

Senator Australia: Provokasi polis punca insiden ganas BERSIH 3.0

KUALA LUMPUR – Pemerhati antarabangsa dijemput Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menilai sistem pilihan raya di negara ini mendakwa perhimpunan Bersih 3.0 kelmarin aman sehingga polis melakukan provokasi.

Senator Nick Xenophon dari Australia juga berpendapat terdapat laporan berat sebelah mengenai perhimpunan itu oleh media arus perdana.








“Kita lihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berada di Kuching, tetapi laporan mengenainya lebih utama berbanding perhimpunan itu yang merupakan ekspresi politik terbesar di Malaysia,” katanya pada sidang media semalam.

Xenophon dan enam lagi pemerhati dari Indonesia, India, Pakistan, Filipina, Jerman dan Australia turut serta dalam perhimpunan Bersih 3.0, tiba di Kuala Lumpur pada 25 April lalu.

Mereka termasuk penulis buku Indonesia, Dr Mohamad Nasir Tamara Tamimi; Dr Clinton Fernandes dari Australia; Dekan Amado Valdez dari Filipina dan Juliane Schmucker dari Jerman.

Kumpulan itu bertemu dengan wakil-wakil Kerajaan Malaysia, Suruhanjaya Pilihan Raya, Kerajaan pemerintah Barisan Nasional, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) serta Majlis Peguam.

Dalam sidang media itu juga, salah seorang pemerhati dari Editor Times India, MJ Akbar berkata, peserta perhimpunan sebenarnya dalam mood perayaan.

“Orang ramai mempunyai masa yang cukup untuk menghidupkan keganasan jika mereka mahu. Tetapi disebabkan mood perayaan berlakunya provokasi,” katanya.

Walau bagaimanapun, Akbar berkata bahawa demokrasi memerlukan kebebasan daripada rasa takut dan kebebasan berhimpun.

“Adalah malang bahawa beberapa suara percaya bahawa negara ini mahu melaksanakan keharmonian tanpa demokrasi. Saya percaya Malaysia berhak demokrasi,” katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi pemerhati, Senator Bizenjo dari Pakistan terkejut apabila pengangkutan awam ke Kuala Lumpur telah dihentikan sementara sewaktu perhimpunan Bersih 3.0 berlangsung.

“Di negara-negara lain pengangkutan disediakan bagi orang-orang untuk menghadiri perhimpunan. Saya dimaklumkan oleh beberapa orang mereka terpaksa berjalan kaki 20 kilometer untuk menghadiri perhimpunan tersebut,” katanya.

Ahli kumpulan itu juga mengisytiharkan mereka bebas dan tidak berpihak kepada mana-mana parti politik, walaupun mereka telah dijemput oleh Anwar. (SH)




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: