Khamis, 5 April 2012

Timbalan Pengerusi SPR kata tindakan BERSIH 3.0 terburu-buru .. .. korang kata apa pulak ?

KUALA LUMPUR, 5 April — Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar menempelak langkah Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menganjurkan perhimpunan bantahan pada 28 April ini di ibu negara sambil menyifatkan ia tindakan terburu-buru.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ini menegaskan Bersih sepatutnya menerima laporan 22 cadangan yang diusulkan Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC) berhubung penambahbaikan pilihan raya dan menyerahkan kepada agensi itu untuk meneliti terlebih dahulu.








Jelas Wan Ahmad, tindakan menganjurkan himpunan Bersih 3.0 adalah tidak wajar memandangkan SPR belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi terhadap cadangan PSC.

Pada 9 Julai lalu, Bersih telah menganjurkan himpunan Bersih 2.0 diadakan di ibu negara mendesak pembaharuan sistem pilihan raya.

“PSC dah kerja kuat selama enam bulan... SPR akan bermesyuarat dalam masa terdekat untuk mengkaji cadangan itu dengan terperinci,” kata Wan Ahmad kepada The Malaysian Insider.

“Beri kita kaji dulu (cadangan PSC), ada yang kita boleh laksanakan dan ada yang kita perlu kaji secara terperinci kerana ia libatkan perundangan dan perlembagaan... jadi ia perlu diperhalusi.”

Justeru beliau menasihatkan Bersih yang turut disokong Pakatan Rakyat agar bersabar dan jangan bertindakan terburu-buru.

“Mereka itu bersabarlah, kata bijak tapi berfikiran sempit... langkah mereka itu terburu-buru dan menyusahkan rakyat,” katanya.

“SPR pun belum keluarkan apa-apa kenyataan, kita akan kaji cadangan dan akan keluarkan kenyataan rasmi kemudian.”

Himpunan Bersih 3.0 akan diadakan di Dataran Merdeka selain masih mengekalkan lapan tuntutan gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.

Antara tuntutan mereka adalah: membersihkan sistem pilihan raya, pembaharuan pengundian pos, penggunaan dakwat kekal, akses media yang adil, 21 hari tempoh berkempen, pengukuhan institusi awam, hentikan rasuah politik, dan hentikan politik kotor.

Perhimpunan itu diadakan kerana tidak berpuas hati terhadap PSC yang diluluskan di Dewan Rakyat pada Selasa lalu tanpa dibahaskan.



sumber sini




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: