Rabu, 25 April 2012

MELETUP: PKR Bongkar 4 Lagi Hartanah Milik NFC

SHAH ALAM 24 APRIL : PKR berjaya membongkar satu lagi aset Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang didakwa menggunakan dana rakyat untuk membeli dua unit hartanah di Mont Kiara. Berdasarkan carian rasmi dengan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata dua premis utama itu ialah pejabat di alamat L-3A, No. 2, Jalan Solaris, Solaris Mont Kiara dan restoran mewah Meatworks di alamat 2G 3A, Jalan Solaris 5, Solaris Month Kiara. Difahamkan, empat unit ruang pejabat yang digunakan oleh NFC dan syarikat bersekutu di Tingkat 3A, Jalan Solaris dimiliki bersama oleh Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan anaknya Wan Izanur Izran.
Manakala salah satu unit iaitu Unit L-3A-3A berjaya dipadankan dengan carian harta di JPPH atas nama Mohamad Salleh yang dibeli pada harga RM814,550. Jelasnya, semakan pembayaran dari rekod kewangan NFC menunjukkan bahawa setiap bulan NFC akan membuat dua pembayaran sewa pejabat itu sebanyak RM28,000 kepada Wan Shahinur Izran dan RM8,240 kepada Mohamad Salleh. Tambah Rafizi, hal ini menimbulkan beberapa kesimpulan dan persoalan besar. Antaranya dua orang pengarah NFC itu menyalahgunakan wang syarikat dengan mendapatkan pinjaman bank bagi hartanah yang kemudiannya disewakan kembali kepada syarikat. Bayaran sewa yang dikutip oleh Mohamad Salleh iaitu RM8,240 sebulan bagi ruang pejabat bernilai RM814,550 adalah terlalu tinggi. “Jika pembelian ini dibiayai dengan pinjaman selama 25 tahun pada kadar faedah semasa, bayaran bulanan dianggarkan sekitar RM4,800 sebulan. Ini bermakna Dato’ Seri Salleh Ismail membuat keuntungan 72% setiap bulan iaitu kadar keuntungan yang terlalu tinggi dari wang rakyat. “Jika ini keadaannya dengan unit L-3A-3A yang dimiliki oleh Mohamad Salleh, sudah tentu kadar keuntungan serupa juga dibayar oleh NFC kepada Wan Shahinur Izran bagi ruang-ruang pejabat lain yang dimiliki beliau,” katanya. Jelas Rafizi kaedah membeli hartanah atas milikan peribadi dan dibiayai oleh bayaran sewa oleh NFC dan syarikat bersekutu turut digunapakai dalam hartanah-hartanah lain. “Carian rasmi di JPPH menunjukkan beliau mempunyai dua ruang kedai iaitu unit 2 dan 3. Unit 2 berharga RM8.4 juta sementara unit 2 berharga RM5.7 juta. “Ruang ini disewakan kepada NFC yang membayar sewa bulanan kepada Wan Shahinur Izran menggunakan dana RM250 juta yang dibiayai oleh rakyat. “Adakah urusniaga pembelian hartanah atas nama peribadi tetapi dibayar menggunakan kutipan sewa dari NFC dan syarikat bersekutu ini mendapat kelulusan Lembaga Pengarah? Jika tidak, Mohamad Salleh dan Wan Shahinur Izran perlu disiasat atas kemungkinan pecah amanah wang syarikat,” katanya. Katanya, walaupun beliau tidak mempunyai rekod kewangan terperinci bagi syarikat-syarikat bersekutu yang lain, beliau percaya Wan Shahinur Izran turut mendapat bayaran sewa yang lumayan dari dua ruang restoran yang dimilikinya. “Di anggarkan beliau memperolehi pendapatan sewa RM150,000 sebulan dari dua unit hartanah bernilai RM14.1 juta ini, mengambil kira kadar keuntungan sama yang diperolehi Mohamad Salleh,” katanya. Justeru katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebenarnya tidak mengambil sebarang tindakan untuk menghentikan penyelewengan wang rakyat walaupun pelbagai pendedahan dibuat dalam skandal NFC yang dimiliki keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil. Katanya, Najib hanya berharap dengan pengunduran sementara Shahrizat dari jawatan kabinet, skandal ini akan reda sementara, sedangkan beliau membiarkan keluarga Shahrizat terus bermewah dengan wang rakyat sebanyak RM250 juta. “Walaupun Najib mengumumkan bahawa aset NFC dibekukan, hakikatnya keluarga Shahrizat masih lagi mendapat bayaran bulanan yang lumayan dari harta-harta yang dibeli menggunakan dana NFC. “Selain dari pelbagai kondominium yang didedahkan, kini keluarga Shahrizat juga mendapat kutipan sewa dari hartanah-hartanah yang dibeli dengan dana NFC serta kemudiannya disewakan kembali kepada NFC dan syarikat-syarikat bersekutu yang lain,” katanya. Sehubungan itu, pihaknya akan membuat laporan polis susulan berikutan pendedahan ini agar Wan Shahinur Izran dan Mohamad Salleh disiasat atas kemungkinan pecah amanah dalam urusan sewa beli hartanah-hartanah yang digunakan oleh NFC dan syarikat bersekutunya di Mont Kiara. PBO: : Najib jangan duk senyap pulak ... pembela rakyat konon! sumber sini

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

aliaze berkata...

Bongkar jgn tak bongkar...
Biar rakyat marhain tahu kemana sebenarnya sumber negara tu mengalir samada kekantung pak2 menteri atau kembali kepada rakyat...

Tanpa Nama berkata...

1 MALAYSIA. RAKYT DIDAHULUKAN!!!!!!!!!!??????? BETUL KE......