Isnin, 9 April 2012

Bila artis dan sastrawan sertai pembangkang... terkini penyanyi Aishah pula sertai PAS

KUALA LUMPUR, 9 April: Jika anda ingin menjangkakan keruntuhan sesebuah negara, tunggulah apabila golongan sastrawan dan artis juga menyertai usahanya.

Kini, semua ramuannya sudah mencukupi. Golongan sastrawan dan artis berbondong-bondong menyertai gerakan untuk mengubah wajah negara ini.








Pihak sastrawan diketuai oleh Sastrawan Negara, Tan Sri Samad Ismail turun ke gelanggang. Ia sudah setahun berlalu.

Kini, golongan artis pula yang berbondong-bondong menyertai PAS.

Terbaru, penyanyi suara emas, Aishah atau nama penuhnya Wan Aishah Wan Ariffin (gambar atas) menyertai PAS.

Bukan itu sahaja, beliau telah bercakap di atas pentas PAS bahkan di Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar pula.

Setahun lalu, apabila Bob Lokman mengumumkan penyertaannya ke dalam PAS, ramai yang tidak memandang serius penyertaan beliau.

Namun selepas satu tahun, kesan yang dibawa oleh Bob Lokman jelas kelihatan.

Bukan Aishah sahaja, gitaris paling hebat negara, Sham Kamikazi juga menyertai PAS.

"kontroversi saya masuk PAS ni. Tambah-tambah pula berucap lagi di Markas Tarbiyah PAS ni," kata Aishah dalam ucapannya kira-kira setengah jam di Taman Melewar Jumaat lepas.



(Aishah bergambar dengan banner XPDC Dakwah PAS Batu ke Cambodia)



Menurut Aishah beliau mula serius mendekati PAS apabila mendapat layanan dari seorang menteri wanita yang beliau dekati untuk mendapatkan pertolongan dan nasihat ekoran masalah penjagaan anak-anaknya selepas beliau berpisah dengan suaminya yang bukan Melayu.

"Saya jumpa Datuk Seri bukan nak minta lembu...tetapi untuk kepentingan aqidah anak saya," cerita Aishah.

Selepas beliau memakai tudung, Aishah berkata, pihak yang paling awal menyambutnya adalah Nisa'.

"Saya lihat kumpulan ini jauh berbeza," kata Aishah memuji pendekatan yang diambil oleh kumpulan NGO yang rapat dengan PAS itu.

Menurut Aishah, menyertai PAS bukannya satu kerja mudah bagi beliau kerana beliau menerima tentangan dari kaum keluarga yang rapat dengan beliau sendiri.

Sepupu beliau menyindir bahkan mempetikaikan langkahnya itu.

Melihatkan kepada reaksi mereka, membuat beliau terfikir, "apa yang kita nak terangkan kepada mereka macam ni..

"Bagi mereka taat kepada pemerintah seperti taat kepada raja, bila kata bantah, seperti kita menderhaka...

"Nasib baik mak saya dah tak da ...kalau dia tahu berceramah pulak, di markas lagi ni...saya tak tahulah," cerita Aishah.

Menurut Aishah, menyokong pembangkang juga dianggap salah di negara ini padahal ini adalah hak demokrasi masing-masing.

Kerana keengganan beliau untuk bersalam dengan bukan muhrim sahaja beliau telah cuba digam dari sebuah stesyen TV.

"Bila kita sokong pembangkang, kita dianggap jahat...

"sebelum ni saya tak ambil pot lah apa yang berlaku di negara ini...tetapi bila dah kena batang hidup sendiri, ini tak boleh jadi, tak kan nak biar je.." tegas Aishah dalam ucapannya itu.

Turut berucap di majlis 'Artis Berubah, Rakyat Merobah, BN Rebah' adalah Bob Lokman sendiri serta Naib Pengerusi DHPP, Vincent Lee.




sumber sini

1. tahniah kepada artis ini yang sudah sedar.

2. PBO sedih apabila ada sekumpulan blogger pro UMNO yang memburukkan artis yang sudah berubah. Mula diungkit kisah noda silam. Sekurangnya mereka insaf tetapi korang yang tak insaf2 apahal?




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

blog yg cntik..thanks for the info..
sudilah menjadi followers sy d~~~~

http://sitihawayahya.blogspot.com/