PBO: Najib mohon maaf atas kesilapan BN yang terdahulu... tapi apa jenis kesalahan? Moleknya senarai satu persatu termasuk rompak duit rakyat .. rakyat jangan mudah tertipu dengan sandiwara "desprate" untuk menang lagi pilihanraya dan membenarkan duit rakyat dirompak lagi untuk satu penggal..
Eloknya Najib harus perjelas jenis kesalahan kehilangan RM500 juta kat bawah .. ajak pemimpin BN buat kenyataan rasmi dan menangis tersedu - sedu tanda insaf atas kesalahan lalu ...
********
Pengurus Besar Yayasan Selangor yang baru dilantik Ilham Marzuki memberitahu Jawatankuasa Pilihan Khas Selangor Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban, Ketelusan (Selcat) bahawa aset pendidikan negeri yayasan itu bernilai setengah bilion ringgit hilang semasa pentadbiran BN.
"Kajian kami menunjukkan bahawa dari 1991 hingga 2008, berlaku ketirisan sebanyak RM500 juta daripada Yayasan Selangor," kata Ilham kepada jawatankuasa itu yang bersidang pada pendengaran awam hari ini.
"Jika tidak, aset kita (sekarang) akan menjadi RM800 juta."
Buat masa ini, katanya, yayasan itu memiliki aset tetap bernilai RM300 juta manakala RM50 juta lagi dalam deposit tunai.
Ilham diarahkan hadir oleh kerajaan negeri dan Selcat untuk membantu Yayasan Selangor mengaudit akaunnya bagi tempoh antara 1991 dan 2008. Tindakan itu untuk mengesan punca wang yayasan itu terus berkurangan.
0 respon:
Catat Ulasan