Isnin, 27 Februari 2012

Nurul Izzah Fail Laporan Polis Dakwa Cuba Diserang Penyokong Umno

PBO tak lupa tatkala dulu pembangkang dilabel sebagai samseng dan selalu bersikap agresif. Sekarang dah terbalik ...

PETALING JAYA: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar pada Isnin memfailkan laporan polis berhubung dakwaan cuba diserang oleh seorang individu yang dipercayai penyokong Umno padasatu ceramah di Pahang lewat malam Ahad.

Menerusi laporan polis yang dibuat di Balai Polis Damansara, NurulIzzah menyatakan bahawa beliau diterkam seorang lelaki berbadan besarketika sedang menyampaikan ceramah di sebuah gerai makan di FeldaLepar Hilir, Paya Besar.

Bagaimanapun lelaki berkenaan berjaya dihalang oleh penyokongpembangkang yang berada berdekatan dengan kedudukan Nurul Izzah sedangberceramah.









"Secara tiba-tiba seorang lelaki berbadan agak besar memakai kemeja-tmerah meluru ke arah saya seakan hendak memukul saya.

"Saya bernasib baik kerana pelaku tersebut ditepis oleh salah seorangpenyokong yang berdekatan dengan saya," katanya menerusi laporan polisberkenaan.

Selain Nurul Izzah, Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad turutmemfailkan laporan polis di balai yang sama berhubung insidenkekacauan oleh sekumpulan penyokong Umno pada ceramah di lokasi yangsama.

Selain itu menurut Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai,menerusi maklumat oleh pegawai polis ditempat kejadian, lelaki yangcuba menyerangnya merupakan individu yang dikenali sebagai seorangpenyokong kuat Umno.

"Polis mengenal pasti pelaku terbabit dan memberitahu kepada sayabahawa lelaki berkenaan bernama Asrullah Affendi Abdullah," katanyapada sidang media selepas itu.

Menceritakan kembali mengenai insiden tersebut, Nurul Izzah berkata kehadiran beliau dan Nik Nazmi disambut dengan provokasi sekumpulanpenyokong Umno yang memegang bendera parti itu dan Barisan Nasional(BN) berdekatan dengan gerai tempat ceramah pembangkang itu diadakan.

Malah menurut Nurul Izzah, kumpulan tersebut turut memasang lagu Umnomenggunakan pembesar suara bertujuan mengganggu ceramah pembangkang.

Sementara itu pada sidang media yang sama, Nik Nazmi yang juga AhliDewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia menggesa Ketua Pemuda Umno,Khairy Jamaluddin bertanggungjawab terhadap insiden kekecohantersebut.

Menurut beliau, Khairy perlu menyatakan pendirian mengenai sikapsebenar Pemuda Umno terutama dalam menimbulkan kekecohan terhadapbeberapa aktiviti ceramah pembangkang.

"Khairy perlu nyatakan pendiriannya. Beliau tidak boleh berdiam diribegitu sahaja.

"Ini bukan kali pertama golongan muda diperalatkan bertindak sebagaipekakas untuk menjadi samseng menyerang Pakatan Rakyat.

"Saya kesal dengan apa yang berlaku kerana ia menunjukkan sikap yangtidak matang. Malah tindakan cuba menyerang Nurul Izzah juga adalah perbuatan yang memalukan," katanya.

sumber sini
LANJUTAN BERITA:

Nurul: Mata saya hampir lebam seperti papa


Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata, jika tidak ada campurtangan penyokong Pakatan Rakyat pada ceramahnya di Gambang, Pahang semalam, beliau pasti mendapat 'mata lebam' seperti bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Katanya, serangan terhadapnya oleh lelaki pada ceramah di Felda Lepar Hilir I pada malam semalam itu hampir-hampir mengenainya

"Ia hanya beberapa inci (hampir mengenai), kamu pasti tidak mahu ukur, ia sangat tidak menyenangkan," kata Nurul Izzah.

Menurutnya lagi, penyerang yang memakai baju merah perlahan-lahan memasuki tempat ceramah di sebuah kedai kopi sebelum melancarkan serangan.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Petaling Jaya hari ini, Nurul Izzah berkata sekiranya tiada penyokong yang menahannya, beliau pasti menerima nasib seperti Anwar yang dipukul menjelang perbicaraan kes liwat pertamanya lebih sepuluh tahun lalu.

Nurul Izzah mendedahkan, polis tempatan berjaya mengenali identiti penyerang itu sebagai Asrullah Affendi Abdullah. Bagaimanapun, maklumat lain masih belum diketahui setakat ini.

Nurul Izzah turut menunjukkan kepada pemberita beberapa keping gambar ketika kejadian bagi menyokong dakwaannya.

Pagi tadi, akhbar web PKR Keadilandaily melaporkan, anggota Umno setempat sengaja mengganggu ceramah Pakatan dengan menganjurkan sesi karaoke dan menghantar SMS ugutan sebelumnya.

Menurut Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad, ketika giliran Nurul Izzah berucap, kumpulan itu mula menyerbu ke lokasi ceramah sambil melemparkan kata-kata kesat kepada anak perempuan Ketua Umum PKR itu.

Dakwanya, "budak-budak muda" itu cuba memukul Nurul Izzah sehingga beliau dan puteri Anwar itu terpaksa diiringi polis meninggalkan kawasan berkenaan.

sumber sini




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: