Selasa, 14 Februari 2012

Gempar: Insiden tumbuk menumbuk di ceramah Anwar

PBO:

Kita tengok betapa tidak demokrasinya ahli UMNO/BN. Kerana ketakutan kuasa mereka hilang, mereka tidak segan silu membuat provakasi.

Kita tidak pernah lihat penyokong PR menghalang ceramah pemimpin UMNO seluruh negara. Memang jelas, setelah pelbagai isu samseng dan provokasi, mereka sedar mereka semakin lemah.

***
Ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Felda Tun Ghafar di Alor Gajah, Melaka, petang semalam dicemari oleh kekecohan di antara penyokong PKR dan BN.

Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan pada kejadian petang semalam itu, kira-kira 50 penyokong BN didakwa sengaja melakukan provokasi kerana membantah kedatangan ketua umum PKR itu.








Mereka mendakwa Anwar cuba menghasut penduduk kampung hingga berlakunya pecah belah di kalangan mereka.

Menurut akhbar itu lagi, akibat tidak puas hati, berlaku pertikaman lidah dan tolak menolak di hadapan balai tempat Anwar berucap. Keadaan dilaporkan menjadi tegang apabila seorang daripada penyokong BN ditumbuk dan berlaku pergelutan.

Seorang penyokong BN yang dikenali sebagai Nizam Baharom dipetik Sinar sebagai menyalahkan penyokong PKR yang bertindak agresif dengan menumbuk seorang daripada rakannya.

Kekecohan di Felda Tun Ghaffar di Hutan Pecah, Alor Gajah itu kemudiannya berjaya dileraikan dengan kehadiran pihak polis.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superitendan Umar Ali Saifuddin Shaharudin berkata, kekecohan itu akibat rasa tidak puas hati satu pihak berikutan kedatangan Anwar dan bahawa tiada tangkapan dibuat.



sumber sini




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Blog Politikus berkata...

Salam perjuangan. Jom kita exchange. Link blog anda selamat diletakkan pada bloglist kami :D

Tanpa Nama berkata...

Kalau lembu2 umno ni boleh buat, kita pun boleh buat jugak.

JOM RAMAI2 ORANG2 PERAK DAN MALAYSIA KITA HALANG SI NAJIS TU DPD DATANG MEMECAHBELAHKAN PENDUDUK DI FELCRA CANGKAT LADA, SEBERANG PERAK, PERAK PADA 18HB. FEB. 2010 NI.

JOM SEGALA PENYOKONG2 PAS, PKR, DAP, NGO2 KITA BUAT BENTENG DAN HALANGAN DISEMUA PINTU2 MASUK KE CHANGKAT LADA, SEBERANG PERAK.

KALAU DIA MASUK JUGAK, KITA KASI PENUMBUK SAMA DIA.

PEMECAH BELAH MASYARAKAT. NAK MASUK KE KAMPUNG KAMI KONON. KAU TU ORANG LUAR LA NAJIB. JANGAN KACAU TEAMPAT KAMI.