1. Tak baik korang tuduh RM berbelanja besar kat sana. Itu adalah tuduhan politik yang nak jatuhkan politik suaminya. Percayalah tv/radio, media dan para blogger akan muntah hijau mengatakan RM tidak berbelanja besar di sana.
2. Setakat ni RM menafikan dan belum menyaman. Korang tunggulah RM saman media Australia tu nanti. So tak baik korang cakap dia berbelanja besar
3. Kalau betul sekalipun, dia berbelanja besar MUNGKIN dia kumpul duit tu dari kecil. siapa tahu. Jadi jangan cakap dia berbelanja besar. Tak elok tu. Jadi jangan percaya DAKYAH pembangkang.
4. Setakat ini dari Malaysia Kini mengatakan kolumnis akhbar Australia tu pertahan dakwaan Rosmah belanja RM325,000 dan mempunyai bukti yang kukuh! Mungkin MK tipu atau putar belit atau kolumnis tu yang betul adakan cerita. Apa? korang tak percaya? baca ini:
Kolumnis Sydney Morning Herald Andrew Hornery mempertahankan dakwaannya bahawa isteri perdana menteri Rosmah Mansor membelanjakan lebih RM300,000 semasa lawatannya ke Australia.
"FLOM (wanita pertama Malaysia) dakwa saya membesar-besarkan secara liar lawatan sambil membeli-belahnya di Sydney?
"Saya tetap pertahankan setiap kata-kata saya. Sumber saya amat kukuh," kata Hornery dalam Twitternya kira-kira sejam lalu.
Isteri Datuk Seri Najib Razak semalam menyangkal dakwaan Hornery yang dibuat dalam seksyen 'Private Sydney' harian itu dengan menyifatkannya sebagai "karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar".
Selain perbelanjaan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik, Hornery juga mendakwa Rosmah dan suami menginap di emper (penthouse) bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan pereka fesyen ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.
5. So kesimpulannya .. blog ini bukan blog fitnah. blog ini menyampaikan cerita dari pelbagai sumber. Yang Maha Mengetahui, ALLAH yang Maha Esa!
6. Dunia kita mungkin terlepas, tapi di sana nanti .. ????
0 respon:
Catat Ulasan