Jumaat, 6 Januari 2012

Jamil Khir kata tak tahu menahu .. Mahathir nak kata apa? ... lupa? tak ingat?

KUALA LUMPUR 9 Jan: KEADILAN menuntut penjelasan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu  pecah amanah  RM3.7 juta membabitkan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim).








Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN (BIPPA), Ahmad Kasim berkata, Mahathir selaku Pengerusi Perkim sepatutnya maklum mengenai projek
menaiktaraf jalan bernilai RM270 juta, yang dikaitkan dengan penyelewengan itu.

“Sebelum ini Perkim bersih dari salah guna kuasa. Namun selepas diambil alih beliau (Mahathir), (perkara) ini yang berlaku. Sehinggakan ada yang diheret sampai ke peringkat mahkamah,” katanya kepada keadilandaily.

“Pelik, apa kena-mengena Perkim dengan projek ini? Fungsi pertubuhan itu adalah untuk kebajikan masyarakat. Ini adalah tidak munasabah sama sekali kerana ia bukan pertubuhan perniagaan,” katanya kepada keadilandaily.

Sementara itu Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad turut mempersoalkan penganugerahan projek naik taraf jalan kepada Perkim yang merupakan NGO yang melakukan kerja-kerja kebajikan masyarakat.

“Bagaimana prosedur yang dianggap luar biasa ini boleh berlaku, dia (Tun Mahathir) perlu jelaskan. Kita mahukan jawapan dan perlu tahu apa yang berlaku, bagaimana Perkim boleh diberikan projek menaikkan tarat jalan?” katanya.

ADUN Seri Setia itu berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Datuk Seri Jamil Khir sepatutnya membuat pemantauan dan bukan memberi jawapan tidak tahu menahu dalam isu itu.

“Bila dah keluar isu macam ini, menteri agama dan kerja raya sepatutnya sedia maklum dan pantau,” katanya.

Tiga pemegang amanah Perkim sebelum ini dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam membabitkan kesalahan pecah amanah sebanyak RM3.7 juta.

Naib Presiden Perkim II, Prof Emeritus Datuk Ariffin Suhaimi, 74, Datuk Baharin Baba, 58, dan Abas Adam, 60, yang merupakan ahli Perkin, dituduh melakukan jenayah itu pada 27 Disember lalu.

Wang berkenaan dikatakan diberikan kepada mereka sebagai wang pertimbangan untuk menaik taraf jalan Lapangan Terbang Subang ke Sungai Buloh antara April 2002 dan April 2004, yang dianggar bernilai RM270 juta.

PBO: apa nak dikata ... pulus punya pasal. errr ... saya tak ingat ... errr melayu mudah lupa.

sumber sini




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: