Ketua Umum Pakatan Rakyat ini menjelaskan, beliau tetap dengan pendiriannya mendengar nasihat para ulama yang menyarankan agar tidak melakukan sumpah sebagai instrumen politik untuk membersihkan nama sehingga mempersendakan agama.
Tegas Anwar, beliau nekad dengan keputusan tersebut kerana mengambil kira nasihat ulama besar Yusuf al-Qaradawi yang melarangnya dari berbuat demikian kerana isu ini melibatkan sumpah demi politik yang diharamkan dari segi agama Islam.
Pendirian itu menolak dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan Anwar akan mengangkat sumpah laknat sebagai jalan terakhir menyelamatkan karier politiknya apabila keputusan kes liwatnya diumumkan Isnin ini.
Tambah Anwar, walaupun beliau sedar tindakannya mengangkat sumpah boleh memberi kelebihan besar kepadanya dari segi moral penyokong dan rakyat, namun beliau tidak akan melakukannya kerana menganggap sumpah tersebut mempermainkan agama.
“Kalau dengan sumpah sahaja boleh membebaskan saya, saya pasti ramai orang yang mencuri, merogol dan membunuh akan mengangkat sumpah menafikan kesalahan mereka, ia adalah salah. Sepatutnya dibawa bicara di mahkamah syariah.
“Jadi adakah saya perlu mengikut nasihat ulama-ulama besar atau mereka yang minum dan memiliki saham dalam syarikat arak? Sudah tentu saya mengikut nasihat ulama yang muktabar, jadi dakwaan yang kata saya akan angkat sumpah sebelum 9 Januari ini adalah tidak benar,” katanya dalam temu bual bersama Sinar Harian Online.
Beliau berkata, tindakan melakukan sumpah laknat bukan sahaja akan merosakkan nilai sumpah itu sendiri, malah lari daripada kaedah Islam.
“Beberapa ulama memberi amaran kepada saya, jika sumpah sebab politik saya akan berdosa besar kerana mengelirukan orang Islam dengan perbuatan sumpah.
“Jadi kenapa saya perlu nak ikut benda yang tak betul? Saya tidak akan terbawa-bawa mainan politik atau media sehingga kita hina syariat Islam,” katanya.
Anwar yang juga Ketua Pembangkang menjelaskan, masyarakat perlu mendalami hukum sumpah laknat seperti dalam buku “Qazab” untuk faham dengan lebih jelas kenapa beliau berkeras untuk tidak mengangkat sumpah.
“Seorang guru dari Johor tampil menulis surat meminta maaf kepada saya selepas baca buku Qazab kerana tersedar kesalahannya berucap kepada murid dan ibu bapa kata saya orang yang salah kerana tidak mengangkat sumpah laknat.
"Saya tak mahu sumpah saya itu akan dimanipulasikan oleh pihak tertentu, jadi saya tetap dengan pendirian ini walaupun apa cara dan keadaan sekalipun,” katanya yang sudah bersedia menerima apa jua keputusan kes liwat kedua melibatkan diri beliau minggu depan.
PBO: buat penganut UMNO yang masih tak reti-reti kenapa Anwar tak nak sumpa laknat ....
sumber sini
2 respon:
pemimpin yg berani kerana benar.
niat umpornoliwatlembu bukan utk mencari kebenaran kes anwar ini.
niat mereka hendak mematikan kebangkitan rakyat dgn mematikan karier anwar.
samada sumpah atau tidak sumpah, sama saja bagi golongan syaitan itu.
sirah para Nabi2 as telah bnyak tunjuk mukjizat...bukan setakat sumpah utk bukti kebenaran tetapi golongan kafir tetap mencari alasan menolaknya.
kalau anwar bersumpah dikatakan anwar takut dan tunduk pada tekanan dan takut masuk penjara.
pejuang seperti anwar tidak akan sekali2 tunduk kepada kezaliman dan syaitan. rakyat tetap bersama beliau.
insyaallah lepas PRU13 penjara akan menggantikan anwar dgn pemimpin2 umno yang ramai macam lembu itu.
allahuakbar 3x
APA SALAHNYA MEMBELA INDIVIDU ANWAR...DIA DIZALIMI
hanya syaitan saja yg memperlekehkan sokongan kepada anwar konon itu kes peribadi.
HATTA LEMBU DIZALIMI, UMAT ISLAM MESTI BANGKIT
dalam islam hatta seekor lembu fidlot diliwat oleh mamakthir pun kit wajib bangkit menentang kezaliman tersebut.
INIKAN PULA KEZALIMAN KEPADA PEMIMPIN BAIK SEPERTI ANWAR
inikan pula kezaliman selama 2 dekad dilakukan ke atas seorg pemimpin islam melayu yang baik dan sgt perihatin kepada rakyat, tentulah umat islam mesti bangkit menentang kezaliman tersebut.
DI ZAMAN KHALIFAH SEORG MUSLIMAH DIAIBKAN, UMAT ISLAM BANGKIT
dizaman khalifah seorg muslimat diaibkan seorg yahudi hingga terbuka sedikit auratnya. umat islam telah bangkit dan menyerang kaum yahudi laknat tersebut.
bukankah ini kes peribadi?
DI SINGAPURA NATRAH DIMURTADKAN , UMAT ISLAM BANGKIT
seorg wanita di singapura telah dimurtadkan dan dibawa lari ke belanda bernama Natrah. umat islam bangkit malah ada yg shahid membela seorang muslimat.
bukankah itu kes peribadi?
RPK- RAJA PUTARBELIT KRONIK KATA ANWAR TIDAK LAYAK JADI PM
bagi hamba rpk lagi tidak layak bergelar muslim. tiada maruah diri jadi pembelot. kalau tidak tahan risiko jgn sebut pasal perjuangan. pergilah join ibrahim katak duduk di rumah bergomol dgn isteri. jgn bicara soal keadilan!
rpk akan makan diri kerana kalau kerana isu peribadi sex, seseorang tidak layak jadi PM, maka ia lebih ditujukan kepada najib yang juga bermasalah moral.
kalau najib masih boleh jadi PM walau terpalit byk jenayah berat, kenapa Anwar tidak boleh jadi PM kalau benar pun dia liwat?
SIAPA YANG BESARKAN KES ANWAR, PR ATAU MEDIA UMNO?
siang malam selama 2 dekad, tv dan media syaitan umno hanya mengajar rakyat anwar liwat dan sex saja.
siang malam syaitan2 umno samada syaitan lompat atau syaitan perogol dan kwan2 dajjalnya sekongkol utk memfitnah anwar dalam media.
mereka sogokkan fitnah kepada rakyat utk rakyat tahu kes anwar.
sekarang rakyat mahu berhimpun sokong anwar kerana umno yg kempen kes anwar, kenapa nak di halang?
SESUNGGUHNYA PEMIMPIN YG MENIPU DAN MEMFITNAH RAKYAT TIDAK AKAN MENCIUM BAU SYURGA....
sementara di dunia ini semua konspirator dan penyokong mereka cium la tahi lembu puas2....
kerana sesungguhnya tahi lembu itu berjuta kali lebih harum dari bau neraka.
YA Allah hancur binasakan lah pemerintah dan penyokong kezaliman.
YA Allah selamatkanlah pemimpin kami DS Anwar Ibrahim yang dizalimi.
Catat Ulasan