Jumaat, 4 November 2011

PKFZ: Mahkamah tolak permohonan kerajaan sita harta

KUALA LUMPUR 4 Nov. – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan pihak kerajaan untuk menyita harta bernilai lebih RM32 juta milik dua individu dan tujuh syarikat yang pernah menguruskan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Hakim Datuk Ghazali Cha membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwa raya yang mewakili pihak kerajaan gagal membuktikan harta yang diperoleh itu mempunyai kaitan dengan aktiviti haram.









Ghazali memerintahkan harta berupa wang, cek dan tanah milik responden dilepaskan daripada dibekukan dan dikembalikan kepada kesemua responden.

Dalam penghakimannya, Ghazali berkata pendakwa hanya bergantung kepada afidavit tanpa sebarang dokumen sokongan yang menunjukkan harta itu diperoleh secara haram.

Beliau juga tidak berpuas hati dengan permohonan pendakwaan yang tidak mengepilkan kertas pertuduhan terhadap bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) O.C. Phang bersama afidavit kerana ia memprejudis responden.

Katanya siasatan pegawai penyiasat dalam kes itu juga bersifat ”khabar angin” dan terdapat percanggahan maklumat seperti nombor akaun bank.

Ghazali berkata afidavit permohonan itu juga hanya bergantung kepada siasatan pegawai penyiasat sahaja tanpa dokumen rakaman percakapan saksi.

Beliau turut bersetuju dengan hujah peguam bahawa permohonan penyitaan sepatutnya dibicarakan secara lisan.

Pada 23 November tahun lepas pihak pendakwa memohon supaya harta milik Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), syarikat Transshipment Megahub Berhad, Coastal Skyline Sdn Bhd, Wijaya Baru Aviation Sdn Bhd, Wijaya Baru Sdn Bhd, Wijaya Baru Construction SdnBhd, Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing, Law Ka Hing dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) disita dan dilucut hak.

Ghazali menolak permohonan pendakwa untuk menangguhkan keputusan tersebut. - Bernama

sumber klik sini




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: