Mat Ghani turut memerintahkan Soo Sun, 45, menjelaskan denda RM350,000 atau jika gagal, beliau akan dihukum penjara 35 bulan atas kesalahan tersebut.
Hukuman sama turut dijatuhkan terhadap pembantu khasnya, Mohd Firdaus Abu Zarin, 43, yang juga Pengerusi Rukun Tetangga Kampung Cheras Baru, di sini, bersalah atas tuduhan bersubahat dengannya.
Pihak pendakwaan diwakili, Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Muhammad Sinti pula memanggil 28 saksi pendakwaan.
Soo Sun bertanding atas tiket Barisan Nasional, bersalah membuat tujuh tuntutan untuk Program Mesra Rakyat bagi majlis sambutan Tahun Baru Cina dan Thaipusam di Taman Putra, Taman Pandan Perdana, Taman Bukit Teratai dan Taman Bukit Cheras Hartmas.
Semua kesalahan dilakukan, 10 Mac 2008 di Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat dan borang permohonan pengeluaran peruntukan Adun tersebut, diserahkan kepada Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Zabidah Safar.
Pendakwaaan dikendalikan mengikut Seksyen 11 (c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Mat Ghani membenarkan permohonan Afifuddin menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara dan denda ke atas kedua-dua tertuduh kerana pihaknya akan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi.
Bagi tujuan itu, Mat Ghani menetapkan jaminan Soo Sun RM25,000 dinaikkan kepada RM50,000, manakala jaminan Mohd Firdaus RM8,000 dipinda kepada RM20,000, masing-masing dengan seorang penjamin. -sinar-
0 respon:
Catat Ulasan