Sabtu, 5 November 2011

Pemandu Kemaruk Seks Perkosa Pramugari Bas

KUALA LUMPUR : Akibat tidak mampu menahan nafsu, seorang pemandu bas ekspres sanggup melarikan seorang pramugari bas yang sedang leka rnembersihkan bas dan merogolnya dalam kejadian berdekatan Stesen Keretepi Jalan Sultan Hisharnuddin, di sini, kelmarin.








Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, mangsa berusia 24 tahun itu sedang membersihkan bas ekspres yang baru sahaja menurunkan penumpang dari Pulau Pinang berdekatan kawasan stesen itu.

Ketika itu, suspek yang berusia 40-an secara tiba-tiba masuk ke dalam bas itu sebelum mernandu keluar bas berkenaan.

Sumber berkata, sebaik tiba di kawasan perhentian bas berdekatan stesen berkenaan iaitu kira-kira 100 meter dari lokasi asal, suspek memberhentikan bas sebelum mengunci pintu.

“Suspek kemudian meminta mangsa melakukan hubungan seks bersamanya, tetapi mangsa enggan. Berang dengan tindakan itu, suspek bertindak menolak mangsa ke atas lantai bas sebelum membogelkannya,” katanya.

Beliau berkata, apabila mangsa cuba menjerit, suspek bertindak menamparnya beberapa kali sebelum merogolnya.

Katanya, suspek turut merakam gambar bogel mangsa dan mengugut akan menyebarkannya jika mangsa membuat laporan polis.

Bagaimanapun, mangsa nekad membuat laporan polis di Balai Polis Travers.

Sementara itu, Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Operasi dan Risikan Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut dijalankan.






RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

telebey urut batinn..ni...hahaha