Bagaimanapun, mereka tidak berpuas hati dengan rawatan diterima, sehingga mencaci dan mengeluarkan perkataan kasar kepada pembantu perubatan hospital berkenaan.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, kedua-dua suspek mengugut untuk membakar hospital terbabit kerana berang tidak mendapat rawatan diingini.
“Ketika mengamuk, suspek menumbuk cermin tingkap di pondok polis berdekat an wad kecemasan tersebut sehingga menyebabkan ia retak. Malah, ubat diberikan juga turut dibuang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, disebabkan bimbang dengan keadaan itu, pembantu perubatan terbabit, terus menghubungi anggota cegah jenayah dan menahan kedua-dua suspek.
Menurutnya, hasil ujian air kencing suspek mendapati, kedua-duanya positif dadah disyaki jenis ganja.
“Kita percaya, semasa kejadian kedua-duanya berada dalam tidak waras atau lalok sehingga tidak sedar apa yang mereka lakukan.
“Malah kita percaya, suspek datang ke hospital itu untuk mendapatkan metadone tetapi gagal berbuat demikian,” katanya.
Saiful Azly berkata, kedua-dua suspek direman tiga hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
0 respon:
Catat Ulasan