“Kejadian ini berlaku kira-kira 3.30 petang dan pada mulanya saya menyangka ia adalah kain batik yang berlingkar di belakang mangkuk tandas.
“Tandas ini sebenarnya jarang digunakan, tetapi memandangkan ramai ahli keluarga berada di rumah ibu mertua menghadiri kenduri, saya mengambil keputusan menggunakannya,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Menurutnya, pada peringkat awal dia pelik dengan objek tersebut, dalam masa yang sama perasaan takut muncul menyebabkan dia menutup pintu separuh sahaja.
“Dalam keadaan hairan itu, saya kemudian membuka lampu tandas dan terkejut melihat ‘kain batik’ itu bergerak lalu memanggil suami, Hairi Mat, 25 serta kami meminta bantuan daripada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Kubang Kerian.
“Saya bersyukur kerana ular itu tidak membelit saya, malahan kami juga bersyukur kerana pada bilik tersebut, anak saudara, Alia Qaisara, 2 tahun nyenyak tidur di katil berdekatan bilik air,” katanya yang bertugas sebagai konsultan di jabatan kerajaan di Kuala Lumpur.
Sementara itu, ibu mertuanya, Ramlah Abdul kadir, 56 berkata, dua minggu sebelum itu, saudaranya pernah ternampak ular sawa berkenaan membelit seekor angsa berdekatan rumah terbabit.
“Keadaan rumah berdekatan paya menyebabkan ular sawa itu memasuki rumah memandangkan ia mencari perlindungan pada musim tengkujuh ini,” katanya.
0 respon:
Catat Ulasan