Jumaat, 11 November 2011

Lembu dan kondominium mewah

KUALA LUMPUR – PKR mendakwa syarikat ada kaitan dengan Menteri Pembangunan Wanita, Datuk Shahrizat Abdul Jalil menggunakan dana melalui National Feedlot
Corporation Sdn Bhd (NFC) untuk membeli satu unit kondominium mewah dengan bayaran RM9.8 juta.







Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail mendakwa, NFC melakukan transaksi pindahan wang dari akaun semasanya pada 2 Disember di Bank CIMB cawangan
Taman Tun Dr Ismail kepada Bandar Raya Development Berhad (BRDB) untuk tujuan pembayaran sebuah kondominium.

Beliau mendakwa, tindakan berkenaan merupakan satu bentuk penyelewengan memandangkan bayaran untuk pembelian unit kondominium mewah itu di Bangsar bertentangan
dengan tujuan pinjaman wang kepada NFC.

“Bayaran pembelian kondominium dengan harga RM9.8 juta ini direkodkan sebagai ‘hutang’ National Meat and Livestocks Corporations Sdn Bhd (NMLC) kepada NFC.

“Jumlah tersebut merupakan sebahagian daripada RM83 juta hutang NMLC kepada NFC pada 31 Disember 2009,” dakwanya pada sidang media, di lobi Parlimen, semalam.

Dakwanya, urusan dilakukan sebanyak empat kali pada hari sama bukan untuk membeli lembu kerana BRDB adalah pemaju perumahan dan tidak terlibat dengan urusan
itu.

Ahli Parlimen Machang itu mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin disiasat berhubung dakwaan itu.

“Dakwaan ini wajar disiasat secepat mungkin kerana ia melibatkan integriti keseluruhan kerajaan Malaysia,” katanya.

Katanya, Najib perlu disiasat berhubung kenyataannya mengenai jumlah dana yang telah dipindahkan daripada jumlah RM250 juta.

Muhyiddin pula, katanya, perlu disiasat selaku kedudukannya sebagai menteri pertanian yang meluluskan projek dan pinjaman untuk projek feedlot berkenaan
sebelum ini, manakala penggantinya Datuk Seri Noh Omar perlu disiasat berhubung penjelasan menteri berkenaan sebelum ini.

Saifuddin berkata, Shahrizat juga perlu disiasat kerana melibatkan kepentingan keluarga beliau dalam projek kontroversi itu.

Beliau juga meminta Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin disiasat kerana didakwa cuba memutarbelitkan fakta dan melindungi perbuatan pecah amanah.

“Saya nak tanya (Khairy) sekarang. Beli kondo RM9.8 juta, jawatankuasa teknikal mana yang luluskan? Mesyuaratnya bila? Siapa yang pengerusikan? Cek-cek
ini siapa tandatangan? Di mana kawalan ketat?” katanya.

Sementara itu, pada sidang media sama, Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli pula berkata, mereka memperoleh maklumat berhubung dakwaan transaksi untuk pembelian
kondominium berkenaan melalui enggan mendedahkannya.

“Kalau kita sudah berani buat dan kita sudah melawat (ke kondominium itu), dakwaan yang kita buat ini kita berani bawa ke SPRM. Tanggungjawabnya kalau nak
buktikan kami tidak betul adalah tanggungjawab Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pertanian, Ketua Wanita Umno dan Ketua Pemuda Umno,”

PBO:

Jika benarlah dakwaan ini dan terbukti benar, agak2nya lembu tu nak disumbatkan dalam kondominium tu ke?

Sudah2lah ... memang pelahap duit rakyat.




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: