Menurutnya, apa yang dikesalkan pihak terbabit menggunakan peralatan dan bekalan elektrik tempatnya berniaga tanpa persetujuan dan lebih mengecewakan kemudahan itu turut rosak selepas pejabat wakil rakyat menganjurkan Pesta Tanglung 15 September lalu.
“Pada 13 September lalu, rakan perniagaan saya menerima panggilan daripada pembantu wakil rakyat berkenaan yang memberi arahan saya menutup perniagaan keesokan harinya bagi memberi laluan DAP Kinrara menganjurkan Pesta Tanglung.
“Apabila ditanya mengapa tiada notis diberi, pembantu wakil rakyat itu tetap dengan jawapan suruh saya tutup kedai,” katanya yang akhirnya bersetuju dan terpaksa membatalkan tempahan makanan pada hari itu.
Che Rosnani berkata, pada 15 September dia didatangi dua lelaki yang memberitahu mahu menggunakan bekalan elektrik dan peralatan di gerainya.
“Saya tidak benarkan kerana melihat wakil daripada pejabat wakil rakyat itu datang seperti bukan mahu meminta kerjasama.
“Pada malam hari berkenaan saya dapati mereka tetap menggunakan peralatan dan kemudahan elektrik saya sehingga menyebabkan ‘distribution box’ mengalami kerosakan malah sebahagian wayar dan kabel putus dipercayai digunakan secara kasar,” katanya.
“Pejabat wakil rakyat berkenaan langsung tidak menghormati keputusan saya dan perbuatan tidak bertanggungjawab mereka sebenarnya menyebabkan gerai terdedah kepada risiko litar pintas akibat bekalan elektrik tidak mencukupi. .
“Akibat kerosakan, saya tidak dapat menjalankan perniagaan pada keesokan harinya dan terpaksa memanggil orang membaiki kerosakan bekalan elektrik,” katanya.
Che Rosnani berkata, kerana kecewa dia menulis surat dan memaklumkan kepada wakil rakyat berkenaan mengenai apa yang berlaku.
“Selepas sebulan, mereka langsung tidak memberi maklum balas dan saya akhirnya membuat satu laporan di Balai Polis Puchong Jaya dan memfailkan saman menuntut ganti rugi,”katanya.
Menurutnya, wang tuntutan bukanlah faktor utama dia memfailkan saman namun ia lebih kepada kekesalan terhadap sikap ditunjukkan oleh pihak wakil rakyat terbabit.
Sementara itu, Adun Kinrara, Teresa Kok Suh Sim ketika dihubungi berkata, hal berkenaan penganjuran pesta tanglung tidak diuruskannya.
“Saya hanya datang ke pesta itu pada malamnya untuk merasmikan program dan saya tidak pernah menerima surat daripada pengadu itu.
“Apa yang saya tahu, pengadu marah kerana penganjur tidak mahu menempah makanannya,” katanya.
sumber klik sini
0 respon:
Catat Ulasan