“Di Jalan Bukit Persekutuan, motosikal pertama ditunggang oleh saksi (Mohd Zulkifli Abdul Halim) dan dibonceng Mohamad Sabu itu, membuat pusingan U, apabila menyedari kereta Pajero kami cuba memintas dan kebetulan terdapat pos pengawal di hadapan jalan.
“Kereta pasukan bantuan saya di belakang, iaitu Waja yang tertera logo Polis Diraja Malaysia (PDRM), cuba menghalang laluan setelah melihat kedua-dua motosikal cuba melarikan diri,” katanya.
Kamal pada ketika itu menaiki kereta Pajero tidak tertera logo polis dan berada di hadapan, sambil diiringi dua kereta Waja yang mempunyai logo PDRM.
Beliau berkata demikian, ketika memberi keterangan dalam siasatan awam berkenaan dakwaan pelanggaran hak asasi manusia, sebelum dan semasa perhimpunan Bersih di hadapan panel Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), semalam.
Kamal berkata, motosikal dipandu Zulkifli melanggar kereta Waja tertera logo PDRM dan penunggang serta pembonceng terjatuh.
Menurutnya, beliau menyedari kehadiran motosikal terbabit, semasa membuat rondaan di Jalan Maharajalela dan mengekori motosikal itu sehingga ke Jalan Sultan Sulaiman, Jalan Syed Putra, Jalan Robson, Jalan Tun Sambathan dan Jalan Travers kerana berasa curiga.
“Di Jalan Travers, kereta Pajero saya menghampiri motosikal pertama dan mengarahkan berhenti sambil menunjukkan kad kuasa polis, namun penunggang tidak menghiraukan arahan.
“Seterusnya, saya memberi arahan kepada kereta Waja berlogo PDRM untuk mengarahkan mereka berhenti bagi membolehkan kami memeriksa pengenalan diri, namun tetap tidak diendahkan,” katanya.
Kamal berkata, selepas pelanggaran berlaku, beliau mengarahkan anggotanya membuat pemeriksaan ke atas kedua-dua penunggang dan pembonceng.
Menurutnya, hanya Mohamad mengalami kecederaan kecil di bahagian lutut, sementara tiga rakannya tidak mengalami kecederaan.
“Selepas pelanggaran, kami membawa mereka ke Balai Polis Jinjang atas kesalahan di bawah Seksyen 28A KPJ menghalang tugas penjawat awam kerana, tidak memberi kerjasama.
“Setibanya di balai polis, mengarahkan anggota untuk membawa Mohamad berjumpa pegawai perubatan di balai. Selepas mendapat pemeriksaan di balai, Mohamad meminta untuk dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi melakukan x-ray pada kakinya,” katanya.
Menurutnya, pihak polis bertindak menghantar Mohamad ke HKL dan selepas pemeriksaan di sana, Mohamad dihantar kembali ke balai polis sebelum dibebaskan pada tengah malam 9 Julai 2011.
sumber klik sini
0 respon:
Catat Ulasan