“Mereka (peneroka) diugut oleh pihak pengurusan Felda Palong 9 supaya menarik balik kes. Jika tidak, peneroka tidak akan diberikan bantuan dari pengurusan Felda, contohnya surat sokongan untuk sekolah anak-anak tidak akan diberikan,”
“Dalam masa beberapa minggu, pihak pengurusan datang dari rumah ke rumah bersama dengan ketua cawangan (umno). Amaran yang diberikan kepada peneroka merupakan ugutan secara tidak langsung dan ini tidak sepatutnya berlaku,” kata beliau kepada Keadilandaily.com.
Pada 7 Julai lalu, seramai 113 peneroka Palong 9 memfailkan kes ke atas Felda dan pengurusan kanannya kerana mendakwa mereka ditipu melibatkan kerugian RM1.5 juta.
Mereka menamakan sembilan defendan, antaranya Felda, pengurus Felda Palong 9, Saleh Muhidin, dan ketua kampung Osman Parman yang juga ketua cawangan Umno.
Dalam kenyataan tuntutan mereka, kumpulan itu berkata pengurus Felda dan anggota JKKR pada satu mesyuarat 16 Mac tahun lalu telah memutuskan projek untuk memproses pokok getah yang ditebang akan dianugerah menerusi tender terbuka dan diberi kepada pembida tertinggi.
Pegawai khas pengarah Felda, Datuk Ramli Ismail, juga hadir pada mesyuarat itu, kata kenyataan tuntutan mereka.
Bagaimanapun konraktor dilantik Felda, Syarikat LBJ Global dianugerahkan projek itu pada harga bidaan RM8,205 sehektar atau RM33,000 bagi setiap peneroka iaitu paras harga yang lebih rendah daripada harga siling yang dipersetujui.
Mereka mendakwa Felda telah abai dan cuai menjaga kepentingan plaintif-plaintif yang telah menyebabkan plaintif mengalami kerugian dan kehilangan.
Malah mereka juga mendakwa Felda dan pengurusnya “membuat representasi dan salah nyata” bahawa harga RM33,000 bagi setiap peneroka adalah harga paling tinggi dan berpatutan mengikut harga pasaran.
Setiap peneroka mempunyai kawasan seluas 10 ekar (empat hektar).
sumber klik sini
1 respon:
Lawan jer...
Fenomena "Halo Bulan"
Taman Negara Package
Travel Online Shopping
Catat Ulasan