Penduduk, Poh Tzu Sin, 46, berkata, banjir kilat yang kerap berlaku terutama di Jalan SPM 4 tidak pernah diatasi dengan efektif menyebabkan bencana itu sering berulang dan memusnahkan harta benda penduduk di situ.
“Mereka (kontraktor pemaju) ada mengorek lubang sedalam 20 kaki untuk dijadikan kolam tadahan, namun ianya tidak berfungsi malah mereka juga sering memberi alasan tidak dapat membina saliran baru disebabkan penduduk kampung di kawasan berhampiran tidak memberi kebenaran,” katanya ketika ditemui pada piket aman yang dianjurkan penduduk perumahan itu semalam.
Katanya, loji kumbahan yang dibina di kawasan rendah turut menjadi punca bekalan elektrik di loji itu sering terputus setiap kali banjir kilat berlaku menyebabkan air najis dari saluran sedia ada keluar dari lubang tandas.
Seorang lagi penduduk, Wong Kong Yew, 39, berkata, kejadian banjir kilat yang berlaku turut menyebabkan lima rumah di situ terjejas teruk.
“Air bertakung di atas jalan dan masuk ke dalam rumah serta hanya akan surut 15 minit kemudian. Itu pun jika hujan reda dan setakat ini saya sudah mengalami kerugian kira-kira RM5,000 kerana banyak peralatan rumah yang rosak,” katanya.
Katanya, penduduk terpaksa pulang ke rumah pada waktu kerja sekiranya hujan lebat kerana khuatir banjir kilat akan berlaku
Sementara itu N Somunaidu, 62, berharap Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dapat campur tangan dan seterusnya membantu menyelesaikan masalah penduduk di situ.
“Sudah banyak kali aduan dibuat dan saya harap masalah ini dapat diatasi segera sebelum kejadian lebih buruk berlaku terpaksa ditanggung penduduk,” katanya.
sumber klik sini
0 respon:
Catat Ulasan