Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Mohamad
Shukri Mohamad, berkata majlis menggesa kerajaan memperincikan kawalan terhadap penerbitan filem atau drama hantu yang jelas berunsur khurafat dan mempromosi
kepercayaan karut.
Menonton cerita begini tidak membawa kebaikan, tidak memberi keuntungan hanya perasaan takut, lemah semangat serta tidak baik kepada negara yang memerlukan
rakyat yang berpengetahuan dan bijaksana. - Syaikh Ismail Muhamad, Imam Besar Masjid Negara
“Kami setuju perkara khurafat seperti ini patut dihapuskan. Kita kena bina pemikiran dan kerohanian masyarakat dengan perkara yang boleh menyumbang kepada
pembangunan negara.
“Perkara ini juga sudah dibawa kepada pihak berwajib. Namun, mereka tidak peka dan kami bercadang berbincang dengan Perdana Menteri untuk menyuarakan hasrat
mufti ini,” katanya kepada Berita Minggu ketika dihubungi di sini, semalam.
Mohamad Shukri yang juga Mufti Kelantan mengulas pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung berlakunya lambakan cerita hantu di
negara ini yang mempromosi kepercayaan karut serta tidak membantu masyarakat menjadi produktif.
Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhamad, berkata umat Islam yang terlalu taksub dan mempercayai hantu atau makhluk selain Allah SWT, boleh
menjadi syirik.
“Mereka yang syirik adalah berdosa besar sehingga segala amalan baik yang dibuatnya sebelum ini akan terhapus begitu saja hinggalah mereka bertaubat.
“Menonton cerita begini tidak membawa kebaikan, tidak memberi keuntungan hanya perasaan takut, lemah semangat serta tidak baik kepada negara yang memerlukan
rakyat yang berpengetahuan dan bijaksana,” katanya.
Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam, Datuk Dr Maamor Osman menggesa tapisan menyeluruh yang lebih ketat patut dilakukan ke atas penerbitan dalam
dan luar negara yang menolak konsep ketuhanan dan berlawanan dengan akidah serta norma masyarakat.
Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth Production Sdn Bhd, David Teo pula berkata, penerbitan filem hantu berbentuk khayalan dan hiburan semata-mata sama
seperti filem kartun atau fiksyen.
“Filem hantu untuk hiburan selain mendidik penonton. Ia bukan mempromosi kisah tahyul, sebaliknya pada masa sama nilai agama menerusi watak ustaz yang
berperanan mendidik penonton secara tidak langsung.
“Sebelum ditayangkan, filem itu juga perlu melalui Lembaga Penapisan Filem (LPF) untuk menentukan sama ada sesuai untuk tontonan umum atau tidak. Jika
unsur tahyul yang ditayangkan keterlaluan, babak terbabit akan dipotong dan tidak ditayangkan di pawagam,” katanya.
sumber klik sini
0 respon:
Catat Ulasan