Beliau tamat pengajian perubatan pada tahun 1972 dan pada tahun 1973 memulakan latihan ortopaedik di Amerika Syarikat.
Sehingga ke hari ini, beliau memberitahu mahkamah beliau sudah menjalankan kira-kira 14 ribu pembedahan tulang belakang.
9.54 pagi: Menurut Dr Hoogland, beliau pernah memberi keterangan dalam mahkamah sebelum ini dan keterangan beliau diterima mahkamah.
Kali terakhir beliau memberi keterangan di mahkamah adalah sekitar bulan Julai lalu di County Court Oklahoma City.
9.57 pagi: Dr Hoogland menerangkan struktur tulang belakang manusia menggunakan model rangka tulang manusia dalam mahkamah.
Menurutnya, tulang belakang manusia ada 7 vertebra, 12 torasik dan 5 vertebra lumbar.
10.17 pagi: Dr Hoogland pertama kali merawat kecederaan tulang belakang Anwar dalam bulan April 2001.
Rawatan seterusnya adalah pada bulan September 2004 selepas Anwar dibebaskan dari penjara.
10.19 pagi: Saksi kata dia menyediakan laporan pembedahan Anwar dan memberi Anwar satu salinan laporan itu atas permintaan beliau.
10.21 pagi: Hoogland berkata Anwar mengalami lumbar sclerosis, yang menjejaskan kaki dan tangan pesakit
“Secara khususnya pada kaki kiri, berikutan masalah lama pada leher .”
Katanya beliau telah bertemu Anwar pada 4 Sept, 2004 ketika Anwar mengadu di pukul dalam tahanan polis enam tahun sebelum itu.
10.30 pagi: Saksi memberitahu Anwar mempunyai masalah untuk membongkok ke hadapan.
10.36 pagi: Hoogland berkata Anwar berada di hospital selama tiga minggu, dari 6 September sehingga 27 September, 2004.
10.43 pagi: Hoogland memberitahu Anwar merasa sakit di bahagian kiri belakang.
10.43am: Hoogland ditanya samada masalah akan berulang dan menjawab kadar berulang-ulang ialah 5 hingga 20 peratus.
“Untuk sclerosis, ia 15 peratus.”
10.47 pagi: Hoogland kata kemerosotan tulang belakang bukan proses semula jadi, tetapi merupakan perkara biasa.
10.50 pagi: Laporan perubatan Hoogland ditanda sebagai bukti. Hoogland menerangkan pembedahan ke atas Anwar pada 6 Sept, 2004.
10.56 pagi: Laporan pembedahan Hoogland ditanda sebagai bukti.
11.02 pagi: Mahkamah berhenti rehat selama 15 minit
11.44 pagi: Mahkamah kembali bersidang.
11.46: Hoogland kata tiga bulan selepas pembedahan itu, Anwar pergi lagi ke kliniknya di Munich pada Februari 2005.
Saksi itu berkata pada 7 Feb, dia melakukan pemeriksaan dan mendapati Anwar masih mengalami sakit belakang.
11.50 pagi: Beliau berkata terdapat kemajuan ketara pada Anwar sebelum pembedahan, tetapi tidak banyak perubahan selepas Anwar dibenarkan keluar dari hospital itu pada 24 Sept, 2004.
“Otot belakang penting mengawal gerakan belakang.” katanya.
11.55 pagi: Sankara Nair bertanya kepada Dr Hoogland samada Anwar bertanya kepada beliau tentang pergerakan dalam solat (selaku seorang pesakit tulang belakang).
Dr Hoogland berkata beliau banyak ditanya perkara itu oleh pesakit Muslim terutamanya dari Timur Tengah.
Beliau berpesan kepada Anwar agar melakukan sebarang pergerakan dengan sangat berhati-hati dan dengan sangat perlahan agar kecederaan tulang belakangnya tidak berulang.
Sebelumnya, Dr Hoogland memberitahu mahkamah Anwar bukan sahaja pernah mengalami cakera tulang belakang yang tergelincir beliau juga mengalami ‘spinal stenosis’.
(Spinal Stenosis ialah satu penyempitan luar biasa tulang belakang yang boleh berlaku dalam mana-mana daripada kawasan-kawasan tulang belakang. Sakit ini juga akan menyebabkan sakit belakang yang menjalar turun ke kaki. Sakit akan bertambah kuat jika pesakit berjalan hingga terpaksa berhenti rehat).
11.58 pagi: Hoogland berkata dia menasihati Anwar bergerak dengan perlahan kerana ia boleh menyebabkan kesakitan teruk dan kecederaan terhadap cakera tulang belakangnya.
“Bila anda bregerak terlalu cepat, ia akan mengakibatkan lebih banyak geseran dan mengakibatkan lebih banyak athritis (pada sendi).
“Anwar mempunyai athritis teruk,” katanya.
12.01 tengahari: Hoogland berkata kali terakhir dia memeriksa Anwar pada 8 September 2011. Anwar mengalami athritis dan spinal stenosis.
Pakar itu berkata Anwar mempunyai mobiliti terhad pada belakangnya, kebas pada bahagian kiri dan kaki.
12.05 tengahari: Terdapat kesakitan pada sebelah kiri dan kaki kiri. Saksi kata Anwar mempunyai kelemahan pada kaki kirinya.
12.10 tengahari: Doktor itu berkata terdapat beberapa had gerakan belakang Anwar yang apabila dibongkokkan kepada 10 darjah ia akan merasa sakit.
12.16 tengahari: Hoogland memberi keterangan yang Anwar mempunyai masalah di leher.
12.20 tengahari: Dia juga menyebut terdapat masalah sendi (athritis) dan stenosis serius pada leher Anwar.
12.24 tengahari: Sankara bertanya samada seseorang boleh melakukan kegiatan dengan menggunakan pinggul. Dr Hoogland berkata ia akan merasakan kesakitan.
12.26 tengahari: Dr Hoogland menjelaskan kepada mahkamah imbasan sinar-X tulang belakang Anwar.
Saksi itu juga menunjukkan pinggul dan bahagian sebelah kiri lebih besar daripada sepatutnya.
12.57 tengahari: Mahkamah berhenti rehat dan akan bersambung semula jam 230 petang.
sumber klik sini
DAN INI JAWAPAN DOKTOR PAKAR
Fitnah2 ; Anwar Tidak Mampu Lakukan Keatas Saiful. - Dr Thomas Hoogland
'Mampukah Anwar lakukannya?' tinggal misteri
Persoalan sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim "boleh melakukannya" terhadap pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan, tinggal misteri, apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan pihak pembelaan supaya prosiding itu didengar secara tertutup selama kira-kira 10 minit, dalam perbicaraan kes liwat Anwar hari ini.
Bagaimanapun, dari keterangan pakar bedah ortopedik Belanda dan pakar sakit belakang, Dr Thomas Hoogland sejak pagi tadi, pihak
pembelaan telah menegaskan bahawa secara logik ataupun fizikal, aksi sedemikian tidak mampu dilakukan.
Galeri awam mahkamah telah dikosongkan sebelum Hoogland memberi keterangan selama 10 minit, dan selepas itu prosiding hari ini tamat, dan akan disambung pagi esok.
Malah, Presiden PKR dan isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, beredar dari galeri itu selepas polis mengarahkan ia dikosongkan.
Saiful juga telah memberikan keterangan secara tertutup mengenai dakwaan tersebut apabila dia menjadi saksi pendakwa tahun lepas.
Hoogland, 66, yang melakukan pembedahan ke atas Anwar pada September 2004 dan memeriksanya sekali lagi pada bulan lepas, berkata Anwar mengalami masalah untuk melutut dan tidak boleh melakukan aktiviti yang lasak.
Pakar sakit belakang itu juga menyenaraikan tiga masalah dalam diagnosis ke atas Anwar bulan lalu dalam jawapan kepada soalan-soalan dari peguam Sankara Nair.
-MalaysiaKini-
0 respon:
Catat Ulasan