Menurut laporan Harian Sinar hari ini, kumpulan itu mahu mengadakan demonstrasi terhadap timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu, yang merupakan penceramah utama malam ini.
Tetapi ketika menghampiri tempat itu, mereka berdepan dengan para penyokong Pakatan Rakyat yang cuba menghalang mereka.
Kedengaran salah seorang penyokong Pakatan melaung meminta mereka jangan datang dan membuat kacau di situ.
Kira-kira jam 9.30 malam, suasana menjadi panas dan beberapa individu dari kedua-dua pihak mula bertumbuk.
Keadaan itu berlaku selama kira-kira 30 minit sebelum ketua PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin berunding dengan kumpulan tersebut.
Kumpulan tersebut tetap bertegas untuk dibenarkan menemui Mohamad bagi menyerahkan nota bantahan mereka.
Akhirnya, penyokong Pakatan bersetuju membenarkan dua wakil kumpulan itu masuk dan menyerahkan nota tersebut.
Kumpulan itu mendakwa mereka mewakili bekas anggota pasukan keselamatan yang tidak berpuas hati dengan ucapan Mohamad di Pulau Pinang pada 21 Ogos.
Dalam ucapannya, Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, telah mempersoalkan catatan rasmi mengenai peranan Mohammed Indera dalam serangan ke atas balai polis BUkit Kepong pada 1950.
-malaysiakini-
sumber sini
0 respon:
Catat Ulasan