Ahad, 16 Oktober 2011

BN = Barang Naik

Oleh mami minah

Hari ni rakyat mengeluh lagi... Sehari selepas Najib buat ucapan bajet, harga ayam proses naik sekilo RM10. Hari ni ayam sekilo RM8.70... itu pun harga kawan2... Kalau nak ikut label harga, depa tulis RM8.90.

Sebelum pi market tadi, mami makan roti canai dan bungkuih habuan mamu dengan anak-anak dirumah. Semua sekali dengan minum RM14.30. Mula2 tak dengar pak long tu bagi tau harga, tanya sekali lagi berapa semuanya, pak long tu mai kira satu-satu... Memang RM14.30...








Lajak p market, beli la ayam 2 ekor 3.7 kg. Tanya dia sekilo berapa, abang tu bgtau mami punya harga RM8.70... Tengok harga di kertas tanda harga RM8.90... mami tanya semua berapa, RM31.70.... dia tanya nak ka mami. Rupanya jarang dah orang mai beli ayam 2 ekoq sekali. La ni bisness tak berapa laju menurut abang ayam tu.

2 ekor ayam tu boleh la makan 3 hari... Itu pun kena potong kecil-kecil macam kedai tomyam. Kalau potong 16, sekor tu 2 kali makan saja la.

Pi pulak tengok ikan... Sambil2 jalan tengok ketam sekilo RM25... tengok ikan termenung. Pilih la yang paling kecik, sekilo RM7.




Balik dirumah, kira ikan tu ada 14 ekor. Seekor RM0.50.... 14 ekor tu boleh la makan 2 kali... Tengahari dan makan malam.

Itu saja yang mampu mami beli. Tak mampu dah nak tanya sotong atau sayur. Tengok harga pun takut.

Bagi keluarga sederhana 5~8 orang serumah, belanja makan untuk 2 hari saja dah sampai RM35. itu pun makan paling ringkas. Sekadar ikan goreng atau gulai ikan temenung dengan sup ayam atau ayam goren kunyit. Tak dak sayur, tak dak pembuka selera macam Mak cik Rosmah makan dalam video 'sehari bersama Datin Rosmah'.

Mami menyelami perasaan rakyat ramai, rakyat merasa tertekan dengan harga barang yang duk ada la ni. Tapi rakyat tak tahu nak bersuara pada sapa. Ni yang mami qaplah... Kesian tapi tak boleh nak bantu.

Hari ni Mami dengar cerita nu depa nak buat demo di aloq setaq nu. Demo bantah harga Barang Naik.

Mami takut nak bayangkan kalau rakyat dah tak tahan dengan tekanan kos hidup, rakyat bangun dan bangkit macam di Mesir. Yang mami tau, rakyat pasti akan meluahkan perasaan mereka.

Kepada seluruh rakyat malaysia... BN = Barang Naik.

Tolak BArang Naik dengan menolak BN. PANGKAH PAS, PANGKAH PKR, PANGKAH DAP.

sumber klik sini




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: