Jumaat, 28 Oktober 2011

Apa nasib Zul Kulim selepas masuk PERKASA?

KUALA LUMPUR, 26 Okt — Perkasa memilih Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru Datuk Zulkifli Noordin sebagai salah seorang naib presidennya pada perhimpunan agung tahunan kedua pertubuhan bukan kerajaan membela orang Melayu itu yang berlangsung di sini, hari ini.

Wakil rakyat kontroversi itu dipilih ke jawatan itu selepas anggota majlis tertinggi Perkasa Muhammad Zahid Mohd Arip membawa usul tergempar.








Usul itu kemudian diluluskan sebulat suara oleh perwakilan.

Zulkifli merupakan antara wakil rakyat penggal pertama, yang memenangi kerusi Parlimen atas tiket PKR pada Mac 2008, tetapi telah keluar atau dipecat oleh parti itu sejak awal tahun lalu.

Zulkifli dan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali merupakan antara Ahli Parlimen bebas.

Zulkifli menggantikan Datuk Mokhtar Samad, yang mengosongkan kerusinya awal tahun ini untuk memberi tumpuan sebagai Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM).

Kerusi naib presiden Perkasa turut disandang oleh Dr Ashraf Wajidi Dasuki, Dr Zubir Harun, Abang Naseer Abang Hadari dan Musli Oli.

sumber klik sini

Perkasa Tidak Berhasrat Saingi Umno


KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) akan kekal sebagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan tidak berhasrat menyaingi atau mengatasi peranan Umno sebagai tunggak pemerintahan negara ini.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, Perkasa tidak akan menukarkan statusnya kepada parti politik, sebaliknya akan berperanan sebagai benteng pertahanan negara daripada ancaman musuh yang cuba menggugat Perlembagaan Persekutuan, keharmonian agama, perpaduan rakyat, kesejahteraan ekonomi, ketenteraman awam dan keselamatan negara.

"Perkasa ditubuhkan sebagai sebuah pertubuhan yang menunjangi kepentinganorang Melayu dan Bumiputera.

"Justeru, Perkasa tidak boleh dilihat sebagai sebuah pertubuhan rasis, organisasi Melayu ultra atau persatuan perkauman apabila ia hanya bertindak melindungi kepentingan orang Melayu dan Bumiputera semata-mata," katanya kepada pemberita selepas berucap pada perhimpunan agung kedua Perkasa di Setiawangsa, Rabu.

Mengenai pilihan raya umum akan datang, Ibrahim berkata Perkasa sudah bersedia dengan jenteranya bagi membantu memenangkan parti pemerintah.

"Di setiap Dewan Undangan (Negeri) terdapat tidak kurang 500 anggota Perkasa manakala dalam setiap kawasan Parlimen pula, anggota Perkasa mencecah 6,000 orang dan mereka ini mampu menentukan landskap politik negara pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

sumber klik sini




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: