Rabu, 28 September 2011

Pengundi semakin bijak, korang macam mana?

IPOH - Sejak kebelakangan ini pelbagai isu membabitkan politik negara timbul sehingga ada dalam kalangan rakyat yang mula bertelagah sesama sendiri kerana keliru dengan keadaan yang berlaku pada masa kini.

Isu skandal seks, rasuah, sejarah malahan agama sering menjadi topik hangat dan bualan rakyat yang ingin tahu apakah bakal berlaku dalam dunia politik negara pada masa hadapan.







Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr P Siva Murugan ketika diminta mengulas berhubung isu ini berpendapat percaturan politik yang berlaku kini mungkin sedikit sebanyak dapat mempengaruhi rakyat untuk membuat keputusan pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang.

Bagaimanapun, menurutnya, rakyat sudah bijak dan rasional untuk memilih parti mana yang layak untuk memerintah kerajaan kerana sering mengikuti perkembangan mutakhir berhubung politik dari semasa ke semasa.

“Walaupun senario politik sekarang dilihat menimbulkan kesangsian rakyat namun untuk jangka masa panjang ia akan membawa kepada satu era baru yang mungkin dapat mengubah segala persepsi mereka (rakyat) pada politik negara,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Siva Murugan berkata, semuanya bergantung kepada rakyat sama ada mereka mahukan transisi politik ke arah lebih baik atau sebaliknya.

“Namun sudah tentu rakyat bijak menilai dan berharap politik negara akan menuju ke arah muafakat dan kesepakatan demi menjaga kestabilan negara untuk jangka masa panjang,” katanya.

Beliau berkata, dalam masa yang sama semua pihak tidak boleh menolak bahawa masih terdapat kelompok rakyat yang merupakan penyokong tegar sama ada bagi Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat (PR).

  • kalau korang bijak, siapa korang rasa layak menerajui nergara PRU13 nanti?

Siapakah yang anda rasa layak menerajui kerajaan selepas PRU 13?
Barisan Nasional
Pakatan Rakyat
Tidak peduli
  
segarkan

“Berikutan itu, pengundi atas pagar memainkan peranan penting dalam menentukan perjalanan politik negara sama ada lebih condong kepada BN ataupun PR.

“Pengundi atas pagar mempunyai pilihan tersendiri dan parti politik itu haruslah bijak untuk ‘memancing’ bagi mendapatkan undi daripada mereka,” katanya.





RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: