Isnin, 19 September 2011

Pemansuhan ISA: Hanya sekadar tukar kulit?

KUALA LUMPUR: Gabungan Mansuhkan Akta keselamatan Dalam Negeri (GMI) menyuarakan kebimbangan dua undang-undang baru yang bakal menggantikan ISA masih mengekalkan ciri-ciri akta drakonian itu.

Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, ini kerana undang-undang baru itu masih tidak dijelaskan secara terperinci dan dibahaskan di parlimen.






“Apa yang Najib buat hanyalah mengumumkan pemansuhan ISA, maknanya, (ciri-ciri) ISA masih belum dimansuhkan (kerana ia belum digubal),” katanya yang memantau rapat perkembangan itu.

Menurutnya, dua ciri utama sesuatu akta itu menyamai ISA adalah mengekalkan prinsip tahanan tanpa bicara dan kuasa yang ada pada Polis dan Menteri Dalam Negeri.

“Jika dua akta baru itu masih ada ciri ini, maka ia adalah ISA cuma diberi nama baru dan diumum sempena pilihan raya,” katanya ketika dihubungi Keadilandaily.com.

Perdana menteri, Datuk Seri najib Razak pada malam sambutan hari Malaysia yang jatuh pada 16 September lalu, mengumumkan pemansuhan ISA 1960 dengan menggantikan dua undang-undang baru dengan terus mengekalkan alasan memelihara keselamatan negara, mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.

Undang-undang berkenaan dikatakan memperuntukkan tempoh tahanan polis yang lebih pendek daripada yang dijalankan pada masa ini.

Manakala tahanan lanjut dibuat dengan perintah mahkamah kecuali undang-undang berkaitan keganasan yang masih dikekalkan di bawah kuasa Menteri.

Mengulas lanjut, Syed Ibrahim berkata penggubalan undang-undang berkenaan yang akan dibahas di parlimen perlu memasukkan pandangan kumpulan masyarakat sivil.

Selain parti pambangkang, katanya, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Majlis Peguam dan rakyat harus dipelawa bagi membincang dua undang-undang baru itu.

“Alasan (Datuk Seri) Najib (Razak), ‘pemansuhan’ ISA dibuat kononnya atas desakan rakyat. Maka, pandangan rakyat dan kumpulan yang selama ini mendesak pemansuhan ISA mesti diambil kira dan bukannya sekadar pengumuman gimik politik menjelang pilihan raya,” katanya lagi.

Beliau dalam masa yang sama turut mendesak kerajaan memansuhkan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas), 1985 yang mirip dengan ISA kerana mengekalkan penahanan tanpa bicara.

“Kenyataan awal GMI sejak ditubuhkan hingga kini ialah mendesak kerajaan Persekutuan memansuhkan semua akta yang menyamai ISA termasuklah Akta Dadah Berbahaya itu,” katanya.

sumber klik sini




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: