Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abdidin yang mengetuai barisan pendakwaan berkata, saksi yang berasal dari Sydney, Australia itu tidak mendapat pendidikan formal dalam bidang yang berkaitan DNA forensik.
McDonald, 60, yang mengakui perihal itu menjelaskan bahawa bidang berkaitan DNA forensik tidak wujud semasa beliau sedang melanjutkan pelajaran, memandangkan bidang tersebut mula dibangunkan secara besar-besaran pada tahun 2002.
Bagaimanapun, beliau berkata subjek tersebut merupakan sebahagian daripada bidang biologi yang dipelajarinya memandangkan bidang tersebut telah lama dipelopori.
"Saya mempunyai pengalaman selama 30 tahun. Selain itu, saya juga memperoleh kemahiran berdasarkan kerja yang dijalankan, selain analisa dan ujikaji yang dilakukan," tambah McDonald.
McDonald sedang memberi keterangan pada perbicaraan Anwar, 64, yang didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Azlan Bukhari, 26, pada antara pukul 3.01 dan 4.30 petang, 26 Jun 2008 di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, dekat sini.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah bersambung petang ini.
* berikut adalah petikan soalan dari Malaysia kini
Perbicaraan kes liwat II yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan pemeriksaan balas oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden ke atas saksi pemebelaan - Dr Brian McDonald - pakar DNA dari Australia.
Yusof bermula dengan cuba mempertikaikan kelayakan Dr McDonald. Katanya meskipun beliau kagum dengan kelayakan pakar dari Australia yang mendakwa dirinya seorang konsultan molekular genetisis, namun McDonald bukan seorang pakar.
Menurut Yusof, dunia DNA telah berkembang pesat dan mendakwa beberapa kelayakan yang pernah diperolehi oleh Dr McDonald sudah lapuk atau usang dan ketinggalan zaman.
Beliau kemudian bertanya sama ada pada tahun 2002 Dr McDonald dikehendaki untuk menghadiri mana-mana program peperiksaan.
McDonald menjawap tidak ada sebarang pensijilan formal dalam bidang itu.
Katanya, beliau adalah penilai makmal forensik bertauliah NATA bagi pensijilan ISO 17025.
Yusof terus mempertikaikan kelayakan Dr McDonald dan menegaskan bahawa kelayakan McDonald yang diperolehi pada tahun 1992 adalah usang kerana perkembangan pesat dalam dalam bidang tarikh berkenaan.
McDonald mengakui bahawa beliau dia tidak menghadiri kursus ujian DNA forensik sejak lulus peperiksaannya.
Yusof: Adakah anda pernah dilatih secara rasmi? Untuk mentafsir, menganalisis?
McDonald: Saya dilatih secara sah sebagai seorang saintis.
Yusof: Adakah anda melatih orang?
McDonald: Ya, dalam semua bidang termasuk tafsiran.
Yusof bertanya bagaimana McDonald telah memperoleh kepakaran dan pengalamannya dan Dr Mc Donald menjawap melalui kerja-kerja yang dijalankannya, melakukan ujian serta analisis.
Yusof: Bilakah kali terakhir anda menjalankan ujian DNA?
McDonald menjelaskan bahawa pada tahun 2004, "Saya telah menjalankan sebahagian daripada ujian berkenaan. Tugas itu kini dilakukan oleh robot. Saya seorang saintis kanan dan perkara itu dilakukan oleh orang bawahan dan robot."
sumber klik sini
2 respon:
Mahathir Mohamad bila mengambil peperiksaan untuk ijazah perubatannya? Lepas dia amabil peperiksaan itu dan dapat ijazah, adakah baru2 ni dia ada mengambil apa2 peperiksaan kedoktoran? Kalau tidak, mengapa sampai sekarang dia masih dipanggil doktor? Dia pakar apa?
Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden ni pulak, bila tahun dia lulus undang2. Baru2 ni dia ada ambik exam apa tetiba jadi pakar sperma dan DNA ni?
Sekurang-kurangnya analisis DNA di Australia dibuat oleh pegawai bawahan dan robot.
Di Malaysia pendakwaan kes barang kali dikepalai oleh badut yang pernah menukar tarikh Liwat 1 beberapa kali sebab tempat kejadian belum siap lagi. Badut gila barang kali.
Catat Ulasan