Sabtu, 24 September 2011

Kompleks PKNS tidak dijual .. mereka terlopong lagi!

SHAH ALAM - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) masih lagi terlibat secara langsung dalam pengurusan tiga asetnya iaitu Kompleks PKNS, Menara PKNS Petaling Jaya dan SACC Mall.

Pengurus Korporatnya, Noor Hisham Mohd Ghouth berkata, tajuk muka hadapan 'Kompleks PKNS dijual? akhbar ini pada Selasa lalu adalah tidak tepat dan menimbulkan spekulasi tidak sihat dalam kalangan rakyat negeri ini serta boleh menimbulkan salah faham tentang aktiviti Real Estate Investment Truet (Reit) di negara ini.







Noor Hisham menegaskan, kesemua aset itu kini terlibat dalam proses transformasi penjanaan pendapatan menerusi pelaburan Reit menerusi kerjasama strategik PKNS dan Amanah Raya Real Estate Investment Trust (Arreit).

"PKNS masih lagi terlibat dalam pengurusan tiga bangunan tersebut dan segala kebajikan peniaga khususnya bumiputera tetap terpelihara dan menjadi keutamaan PKNS. Transformasi ini sebenarnya menguntungkan dan memberi banyak faedah kepada semua pihak.

"Kita (PKNS) sentiasa menjaga kepentingan peniaga terbabit dan memberi jaminan kadar sewa baru selepas ini adalah berpatutan dan tidak membebankan," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai menjelaskan kekeliruan ramai pihak berhubung status tiga aset utama anak syarikat Kerajaan Negeri itu yang terlibat dalam proses tranformasi menerusi pelaburan Reit tersebut.

Sinar Harian pada Rabu menerusi laporan muka hadapannya telah menyiarkan penjelasan pengurusan PKNS menerusi Noor Hisham berhubung status aset terbabit selepas timbul dakwaan kesemua aset terbabit telah diambil alih Arreit.

Mengulas mengenai pelaburan Reit, Noor Hisham berkata, kerjasama PKNS dan Amanah Raya untuk adalah untuk mempertingkatkan keuntungan aset sedia ada yang bernilai RM4 bilion, kepada jumlah yang lebih besar.

“Premis perniagaan PKNS sekarang nampak usang, peniaga juga selalu merungut perniagaan tidak untung. Menerusi pelaburan sebegini, kita akan mengubah suai bangunan dan mewujudkan kadar sewa baru yang berpatutan, sekaligus membolehkan penyewa, pengunjung dan PKNS itu sendiri memperolehi keuntungan,” katanya.

Noorhisham menjelaskan, proses sama juga diamalkan oleh kebanyakan syarikat pemaju termasuklah Kumpulan Sunway, YTL, Quill dan beberapa syarikat ternama lain.

"Malah, sebagai GLC (anak syarikat Kerajaan Negeri), kita adalah yang pertama menggunakan kaeadah ini. Transformasi sebegini sebenranya memberi banyak faedah kepada semua pihak.

“Kita mempunyai tiga bangunan yang bernilai RM200 juta, kita akan suntik ke dalam Amanah Raya dan akhirnya kita akan pegang 30 peratus pemegang saham dalam Amanah Raya,” katanya.

Menurutnya, selain tiga bangunan PKNS, Amanah Raya mempunyai 15 bangunan dan oleh kerana PKNS merupakan salah seorang pemegang saham, PKNS kini boleh memiliki 30 peratus saham terhadap keseluruhan 18 bangunan terbabit.

"Pelaburan ini juga membolehkan kita memiliki bangunan lain seperti Selayang Mall, Hotel Holiday Villa, Bangunan CIMB, Jalan Sambathan dan Bangunan Amanah Raya," katanya.

Mengenai tuntutan peniaga khususnya di Kompleks PKNS Shah Alam agar, kadar sewa baru mulai Januari 2012 tidak membebankan mereka, Noor Hisham berkata, maklum balas tersebut akan diberi perhatian sewajarnya.

"Seperti dinyatakan, kita akan pastikan kebajikan dan kepentingan mereka dipelihara. Kita beri jaminan, kadar sewa baru itu nanti adalah berpatutan dan tidak membebankan," katanya.
sumber klik sini




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: