“Sebagai contoh, pengundi melebihi 100 tahun semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi tahun lalu hanya 156 orang.
“Namun, penemuan KEADILAN yang terbaru mendapati jumlahnya melonjak 170 pengundi,” katanya dalam satu kenyataan.
Pada PRK Batu Sapi 2010, KEADILAN tewas dalam saingan tiga penjuru berdepan BN dan Parti Maju Sabah (SAPP) dengan majoriti 6,359.
Menurut Roland, peningkatan pengundi melebihi 100 tahun itu dibimbangi merupakan ‘pengundi hantu’ yang kerap menjadi ‘simpanan tetap BN’ dalam pilihan raya.
Selain itu, katanya terdapat tujuh lagi Parlimen yang memiliki pengundi melebihi 100 tahun iaitu Parlimen Sandakan seramai 198 orang, Tuaran (203), Semporna (221), Silam (224), Kota Kinabalu (231), Kudat (246) dan Tawau (264).
“Manakala 18 Parlimen lain turut memiliki pengundi melebihi 100 tahun berjumlah 2,124 orang,” katanya.
Secara keseluruhan katanya, hampir 4,000 pengundi berusia melebihi 100 tahun wujud dalam daftar pemilih SPR di negeri itu.
“Buat masa ini, hanya itu jumlah yang berjaya kita kesan melalui sistem SPR dan kita bimbang jumlah itu mungkin lebih besar kerana pentadbiran Datuk Seri Najib Razak akan buat apa sahaja untuk menang dalam pilihan raya.
“Ini terbukti dengan ucapannya yang akan mempertahankan Putrajaya dengan apa cara sekalipun,” katanya.
Sehubungan itu, beliau mendesak SPR segera menjelaskan isu itu kerana Pilihan Raya Umum (PRU) bakal diadakan bila-bila masa dari sekarang.
Pada 5 September lalu, Pengerusi SPR Sabah, Datuk Md Idrus Ismail berkata, jika PRU diadakan November, hanya pengundi yang berdaftar sehingga September
tahun ini sahaja yang layak untuk mengundi.
sumber klik sini
0 respon:
Catat Ulasan