Khamis, 8 September 2011

Dipenjara ugut sebar gambar bogel kekasih

KUALA LUMPUR: Seorang juruwang kafe internet dihukum penjara 11 bulan dan didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret semalam, selepas mengaku bersalah mengugut menyiarkan gambar bogel kenalan wanitanya berusia 21 tahun serta memiliki video dan gambar berkenaan tiga bulan lalu.







Majistret Abdullah Siddiq Mohd Nasir menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhamad Sukri Kassim, 20, yang kelihatan menundukkan wajahnya sepanjang keputusan dibacakan. Bagi tuduhan pertama, dia dituduh mengugut menyiarkan gambar bogel mangsa yang dikenali menerusi laman sosial Facebook dan dihukum penjara lapan bulan dan RM1,000 di rumah mangsa sekitar Keramat di sini, jam 2.30 petang, 15 Jun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tuduhan kedua, dia dituduh menyimpan gambar dan video lucah di dalam telefon bimbit jenis Sony Ericsson miliknya dan dihukum penjara 11 bulan dan didenda RM1,500 di kediamannya beralamat Blok 30, Bangunan Flat PKNS, Jalan Plumbum 7/97, Seksyen 7, Shah Alam, jam 4.30 petang, 16 Jun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 292 kanun sama yang boleh dihukum penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Abdullah Siddiq memerintahkan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak berkuat kuasa semalam.
Terdahulu, Muhamad Shukri yang tidak mewakili peguam memohon supaya hukuman terhadapnya diringankan berikutan ibu bapanya menghidap penyakit serius seperti jantung, kencing manis dan darah tinggi.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya, Rozana Hussin memohon tertuduh dikenakan hukuman yang berat kerana perbuatannya adalah jenayah serius kerana ia membabitkan kehormatan wanita dan sebagai pengajaran terhadap tertuduh supaya tidak mengulangi kesalahan sama.




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: