Sumber menyatakan dalam kejadian tengah hari itu, kedua-duanya bermain di rumah mangsa.
“Ketika bermain, remaja terbabit dipercayai menyuruh mangsa membuka pakaiannya sebelum melakukan aksi tidak senonoh dan mencabul mangsa.
“Selepas selesai bermain, remaja itu pulang ke rumahnya. Namun, mangsa yang berasa sakit pada kemaluannya menangis dan memberitahu ibunya,” katanya.
Kata sumber, ibu mangsa kemudian bertanyakan anak kecilnya yang menceritakan perbuatan remaja terbabit.
Terkejut mendengar cerita itu, wanita berkenaan pergi ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan berhubung kejadian itu.
Mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan lanjut sebelum polis menahan suspek di rumahnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy mengesahkan penahanan remaja itu.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul. ==HM==
2 respon:
Ini bahayanya tidur sebilik dengan mak-bapak pada peringkat usia ini.
sentiasa pantau tingkah laku anak
Catat Ulasan