Rabu, 14 September 2011

100 pasangan Malaysia nikah di Siam sebulan

NARATHIWAT: Majlis Agama Islam Narathiwat (MAIN) menganggarkan 100 rakyat Malaysia menggunakan perkhidmatan majlis itu setiap bulan bagi melangsungkan perkahwinan termasuk berpoligami.







Pendaftar Nikah MAIN, Bahagian Luar Negeri, Ishak Mohamed, berkata kajian menunjukkan daripada enam pasangan bernikah dalam sehari menggunakan perkhidmatan majlis berkenaan, dianggarkan empat daripadanya adalah pasangan Malaysia. Katanya, antara fakta menyebabkan pasangan berkenaan bernikah menggunakan perkhidmatan majlis itu kerana masalah peribadi termasuk membabitkan poligami. “Pasangan Malaysia berkahwin di sini membabitkan kahwin dengan perempuan negara sendiri (Malaysia) atau berkahwin dengan wanita Thailand serta Indonesia. Apa yang peliknya, ada warga Arab yang kahwin di sini kerana mahu mengelak kos tinggi berkahwin di negara mereka,” katanya.

Ishak juga mengesahkan tiada sindiket nikah palsu dilakukan ahli jawatankuasa MAIN dan kegiatan seperti itu dikesan melalui orang tengah yang mengambil kesempatan terhadap pasangan yang terlalu ingin berkahwin dengan cara mudah.

PBO:

hahahhaa .. awas! apakah suami anda juga tergolong dalam 100tersebut?
sumber sini




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: