Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, kumpulan berkata perolehan lebih tinggi dalam tempoh kajian terutamanya disumbangkan segmen penerbitan, pengedaran dan pengiklanan.
Bagi suku tahunan semasa, perolehan kumpulan lebih tinggi pada RM88.791 juta berbanding RM85.828 juta pada suku yang sama berakhir pada 31 Mac, 2011, terutamanya disebabkan oleh kenaikan dalam hasil pengiklanan.
Kumpulan mencatatkan kerugian sebelum cukai lebih rendah sebanyak RM2.961 juta bagi suku itu berbanding kerugian sebanyak RM6.893 juta suku sebelumnya.
Menurut kumpulan, 2011 terus menyaksikan persaingan sengit bagi bahagian pasaran perbelanjaan pengiklanan (ADEX). Namun begitu, jangkaan pertumbuhan positif dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dan keseluruhan perbelanjaan pengiklanan bagi tahun ini akan menyediakan peluang bagi kumpulan meningkatkan perolehan pengiklanan, kata Utusan.
Sementara itu angka Audit Bureau of Circulation (ABC) bagi tahun penuh yang berakhir pada 30 Jun, 2010, menunjukkan pengedaran akhbar harian kumpulan, Utusan Malaysia, turun 5.9 peratus daripada 181,346 kepada 170,558. - BERNAMA
sumber sini
PBO: APA nak dikato. Kalau saban hari banyak buruk dari baik. lama-lama tutup la media pengampu ni.
0 respon:
Catat Ulasan