Harapan seterusnya oleh kita adalah struktur jawatankuasa pilihan parlimen bagi pembaharuan dalam sistem pilihanraya tersebut akan juga terdiri daripada wakil-wakil daripada semua pihak baik kerajaan BN mahupun Pakatan Rakyat berserta dengan ahli-ahli parlimen bebas dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan misalannya Fomca, Suaram, Aliran, Manfrel, Bersih 2.0.
Selain daripada itu, rakyat juga berharapan tinggi agar wakil Majlis Peguam juga dapat dilantik ke jawatankuasa tersebut bagi membantu dari segi perundangan dan perlembagaan.
Malangnya
Akan tetapi, adalah amat berdukacita sekali apabila kerajaan pusat BN mengumumkan struktur jawatankuasa pilihan parlimen tersebut yang hanya akan mengandungi sembilan orang ahli parlimen, di mana pihak BN akan mempunyai lima orang ahli, manakala Pakatan Rakyat akan mengandungi tiga orang ahli parlimen dan pihak Bebas akan mendapat satu tempat.
NGO yang berkepentingan di dalam perkara tersebut seperti Fomca, Suaram, Aliran, Manfrel, Bersih 2.0 kesemuanya telah diketepikan. Turut dinafikan adalah Majlis Peguam yang sangat disanjungi rakyat selama ini kerana sanggup mempertahankan kedaulatan undang-undang negara. Alasan BN untuk mengetepikan beberapa NGO ini dan Majlis Peguam adalah kerana mereka ini bukannya daripada kalangan kumpulan politik yang berkaitan.
Tidak Bertanggungjawab kepada Parlimen
Selain daripada itu, menteri di jabatan perdana menteri Nazri Aziz turut mengumumkan bahawa jawatankuasa pilihan parlimen bagi mengkaji pembaharuan sistem pilihanraya itu sebenarnya bukan bertanggungjawab terus kepada parlimen tetapi kepada kerajaan pusat BN melalui jabatan perdana menteri. Jadi apakah maksud jawatankuasa tersebut mempunyai taraf parlimen sedangkan ia tidak dapat bertanggungjawab terus kepada parlimen?
BN permainkan kita
Yang lebih memburukkan lagi keadaan adalah kenyataan Najib baru-baru ini yang rata-rata menegaskan bahawa jawatankuasa pilihan parlimen bagi mengkaji pembaharuan sistem pilihanraya tersebut tidak akan dapat menamatkan tugas-tugasnya sebelum pilihanraya umum ke-13 nanti dan ianya akan terus berfungsi sekalipun sekiranya parlimen telah dibubarkan.
Nyata-nyata di harapan mata kita semua, kerajaan pusat BN pimpinan Najib sekali lagi telah mempermainkan rakyat jelata dengan pelbagai karenah dan helah yang kononnya sedang “memberikan harapan besar” kepada negara kita ini yang akhirnya didapati hanyalah satu harapan kosong. Kita jelas telah ditipu oleh BN.
Lebih menyedihkan kita lagi adalah pengumuman kerajaan pusat BN yang seterusnya yang mengatakan bahawa mereka tidak akan melayan kebanyakan tuntutan keadilan dan kesaksamaan yang dikemukakan oleh Bersih 2.0 kerana gerakan tersebut adalah merupakan “pertubuhan haram”.
Nampaknya, kerajaan pusat BN sejak dari awal lagi telah mempunyai niat untuk memperdayakan kita semua dengan pelbagai helah dan tipu muslihat agar mereka dapat berkuasa lebih lama lagi. Bukan sahaja Pakatan Rakyat, para NGO, malah seluruh rakyat jelatan nyata telah tertipu dengan janji-janji manis BN yang tidak berprinsip ini./mc
0 respon:
Catat Ulasan