Beliau berkata, bertindak atas maklumat itu satu operasi pemeriksaan telah dijalankan bersama anggota polis kira-kira pukul 9.45 malam.
"Semasa operasi itu, JAIS telah berunding dengan penganjur majlis itu di luar dewan dan ini membuktikan tuduhan kononnya JAIS membuat serbuan, kekasaran serta pecah masuk adalah tohmahan liar semata-mata," katanya dalam satu kenyataan Khamis.
Marzuki berkata: "Bahkan JAIS telah meminta keizinan masuk dan hanya dibenarkan masuk ke dewan berkenaan untuk menjalankan pemeriksaan setelah majlis selesai pada pukul 11 malam.
Marzuki berkata, seramai 12 orang Islam didapati hadir pada majlis itu dan JAIS hanya mengambil butiran dan meminta mereka menghadiri sesi bimbingan dan kaunseling di JAIS.
Beliau juga menegaskan tiada sebarang kekasaran dilakukan oleh anggota penguatkuasa JAIS pada malam itu.
Katanya, JAIS merasa amat kecewa apabila banyak pihak yang menyatakan pemeriksaan itu dilakukan secara tidak beretika oleh anggota penguatkuasa JAIS.
"Selepas majlis tersebut yang dihadiri kira-kira 100 orang tamat, barulah pemeriksaan dijalankan di dalam dewan berkenaan. Dalam masa lebih kurang 10 minit sahaja anggota penguatkuasa JAIS dan polis telah diarahkan keluar dari dewan tersebut oleh penganjur," katanya.
Biarpun tindakan penganjur itu seolah-olah mempertikaikan kuasa JAIS dan polis dalam menguatkuasakan undang-undang ke atas orang Islam, JAIS dan polis tidak menggunakan kuasa mereka untuk membuat tangkapan, kata beliau. - BERNAMA
sumber klik sini
0 respon:
Catat Ulasan