Malah, suspek wanita berusia 36 tahun itu turut menunjukkan gambar wanita berkenaan dalam keadaan diseksa sebelum meminta wang tebusan RM50,000 daripada suaminya sendiri jika mahu ‘kekasih gelap’ lelaki terbabit dibebaskan.
Difahamkan, bimbang dengan keselamatan teman wanitanya, suami suspek kemudian membuat laporan polis sebelum seorang pegawai penyiasat menghubungi suspek memintanya menyerah diri dan membebaskan mangsa.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata suspek yang menyedari mereka menjadi buruan polis, kemudian membebaskan mangsa yang dalam keadaan lemah serta lebam di seluruh muka di sekitar ibu negara, pagi semalam.
Bagaimanapun, katanya, polis yang menjalankan tindakan susulan berjaya menahannya bersama seorang lelaki di tempat letak kereta sebuah pangsapuri di Taman Subang Mewah, sebelum adik lelakinya ditahan di sebuah rumah di pangsapuri berkenaan, semalam.
“Pemeriksaan di rumah itu menemui beg serta barangan milik mangsa dan siasatan lanjut polis membawa kepada penahanan dua lagi suspek yang juga pasangan suami isteri, dipercayai mengurung mangsa di sebuah rumah di Taman Saga,” katanya semalam.
Abdul Rahim berkata, semua suspek berusia 27 hingga 36 tahun termasuk seorang warga asing ditahan untuk siasatan lanjut.
4 hari kurung kekasih suami
GOMBAK: Tangannya digari, kepalanya dibotakkan manakala sebatang gigi depan dicabut dengan playar ketika dikurung selama empat hari di sebuah rumah di Taman Saga, Ampang, di sini, sejak Jumaat lalu.
Itu nasib seorang wanita berusia 31 tahun yang diculik isteri kekasihnya yang berang dengan tindakan mangsa menjalin hubungan sulit dengan suaminya.
Mangsa yang tinggal di Rawang diculik dari rumahnya kira-kira jam 9 malam Jumaat lalu dan suspek yang berusia awal 30-an dibantu adik lelakinya berusia lewat 20-an.
Sumber polis berkata, sepanjang dijadikan tahanan, mangsa didera dan tidak diberikan makanan, malah suspek serta adik lelakinya meminta wang tebusan RM50,000 daripada suaminya atau mangsa akan dibunuh.
Menurutnya, ketika menculik mangsa, suspek dan adik lelakinya itu mengetuk pintu rumah mangsa sebelum memperkenalkan diri isteri kepada teman lelaki mangsa.
4 respon:
Kalau salah orang ni, jadi kes naya...
Prpuan mcm tu mmg patut diajar,,,,
Prpuan mcm tu mmg patut diajar,,,,
Prpuan mcm tu mmg patut diajar,,,,
Catat Ulasan