Sabtu, 13 Ogos 2011

Lebuhraya Kelantan - Awang Adek buat UMNO jauh dari Kelantan

BACHOK 13 Ogos – Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin hari ini meluahkan keraguannya berkenaan janji kerajaan Kelantan untuk membina lebuh raya bertol menghubungkan Kota Bharu-Kuala Krai.




Ini kerana kata beliau, rekod janji kerajaan negeri pimpinan Pas itu terlalu buruk sepanjang 20 tahun mentadbir Kelantan.

"Banyak janji yang dibuat tidak ditunaikan termasuk berjanji untuk membina jambatan menyeberangi Sungai Kelantan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan zakat kepada penduduk miskin Beris Kubur Besar, di sini.

Awang Adek mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa yang mengumumkan Kelantan akan membina lebuh raya bertol empat lorong menghubungkan Kota Bharu-Kuala Krai.

sumber klik sini





RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: