Selasa, 16 Ogos 2011

KANTOI: Penipuan blogger "papagomo" isu gereja

PETALING JAYA: Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad mendedahkan penipuan blogger Umno, PapaGomo menyiarkan surat palsu dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di blognya.

Surat palsu itu berkaitan kontroversi serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas gereja Damansara Utama Methodist Church awla bulan ini.







Surat itu dihitamkan di beberapa bahagian kononnya ditulis oleh Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan MBPJ dan kini tersebar di internet.

Ia kononnya mengandungi bukti campurtangan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang mengarahkan pembatalan sita gereja DUMC.

Namun, surat itu sebenarnya tidak pernah dikeluarkan bahagian itu, kata Nik Nazmi.

“Ini satu dakwaan olok-olok oleh blogger Umno yang terdesak untuk mengekalkan kuasa,” kata Nik Nazmi dalam sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat KEADILAN tengahari tadi.

Menurutnya, pembohongan paling ketara dalam surat itu adalah apabila ia mendakwa MPJ menerima aduan daripada seorang penduduk Damansara Utama tentang kewujudan gereja DUMC itu yang dianggap haram.

“DUMC terletak di Seksyen 13, PJ, jauh dari Damansara Utama,” kata Nik Nazmi.

Beliau seterusnya menyifatkan blogger Umno itu sebagai kurang bijak dalam mereka cipta fitnah sedemikian rupa.

“Blogger Umno dibayar gaji mahal tapi tak buat kerja betul-betul,” kata Nik Nazmi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selanjan, Elizabeth Wong yang turut disebut namanya dalam surat itu akan membawa penerbitan surat palsu itu di blog PapaGomo kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Saya bersama Nik Nazmi akan bawa perkara ini kepada SKMM.

“(Ia menunjukkan) betapa terdesaknya Umno untuk membuatkan orang marah terhadap perkara yang tidak wujud,” kata Elizabeth Wong.

Difahamkan, MBPJ akan membuat laporan polis berhubung isu itu di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya pada jam 2.30 petang ini.

sumber sini




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: