Rabu, 17 Ogos 2011

Bukti ini tamparan hebat buat SPR, BN

Selain dari lafaz akan taat kepada Yang Di Pertuan Agong, Sultan-sultan dan Negara Malaysia antara sumpah yang perlu dilafazkan oleh PATI yang menjalani proses pemutihan ialah Saya/suami/Isteri/anak-anak, tanpa berbelah bagi akan menyokong dan mengundi UMNO/Barisan Nasional (BN)..

PETALING JAYA: Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dikehendaki bersumpah untuk menyokong Umno dan Barisan Nasional sebagai salah satu syarat dari proses pemutihan 6P, dedah Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin.






Zuraida tampil dengan skrip bersumpah yang digunakan Umno-BN untuk diberikan kepada warga asing tersebut, yang menunjukkan terdapat usaha menyeludup pengundi dengan berselindung di sebalik program berkenaan.

“Bukti-bukti dengan jelas menunjukkan kewujudan pengundi hantu . Ini mengesahkan kebimbangan ramai pihak bahawa Umno-BN sedang menyeludup pengundi dengan berselindung di sebalik program pemutihan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Keadilan, di Tropicana hari ini.

Turut hadir Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Exco Selangor, Elizabeth Wong.

Menurut Zuraida, pihaknya berjaya menyusup masuk sebagai PATI dan memperoleh skrip atau borang sumpah itu.

Skrip itu antara lain memerlukan seseorang PATI menyokong dan mengundi Umno-BN, selain menyatakan ikrar taat setia kepada Yang di Pertuan Agong, sultan dan negara Malaysia.

Skrip itu berbunyi “Assalamualaikum, wallahi, wabillahi, watawallahi”

“Saya ….dengan nama Allah berikrar dan berjanji akan taat setia kepada Yang di Pertuan Agong, Sultan-sultan dan negara Malaysia.

“Saya/suami/isteri/anak-anak, tanpa berbelah bagi akan menyokong dan mengundi Umno/Barisan Nasional.

“Saya juga akan terus memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu”

“Saya berjanji akan menyimpan RAHSIA ke atas perkara ini dan jika saya ingkar saya akan menerima padahnya”

Beliau mencabar parti komponen Barisan Nasional sepetu MCA, MIC, Gerakan dan PBS untuk menyatakan pendirian sama ada bersetuju dengan muslihat menyeludup pengundi hantu menggunakan alasan pemutihan.

“Jika mereka berdiam diri bermakna mereka juga bersubahat dengan pengkhianatan yang mencabul kedaulatan negara. Muslihat Umno-BN akan tersebar luas dan menaikkan lagi kemarahan rakyat,” tegas Zuraida.

laporan keadilandaily

Dari Malaysia Kini:


PKR dakwa ada bukti BN seludup pengundi

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin hari ini mendakwa, BN sedang "menyeludup pengundi dengan berselindung di sebalik program pemutihan pendatang asing."

Zuraida (tengah, bertudung) mendakwa, beliau mempunyai bukti dan saksi bahawa usaha itu dijalankan melalui program pemutihan 6P yang sedang berjalan.

"Wanita PKR berjaya menyelinap masuk ke dalam program pemutihan ini dan mendapati bahawa pendatang asing dikehendaki bersumpah untuk menyokong Umno dan BN sebagai salah satu daripada syarat proses pemutihan.

"Wanita PKR sempat mengambil skrip sumpah untuk didedahkan kepada orang ramai," katanya lagi dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu hari ini.

Beliau turut menunjukkan satu helaian kertas yang didakwa mengandungi "skrip" berkenaan, yang antara lainnya menyebut "saya/ suami/ anak-anak, tanpa berbelah bagi akan menyokong dan mengundi Umno/ Barisan Nasional (BN)."

Helaian berkenaan turut diedarkan kepada wartawan dalam sidang media hari ini.

Kumpul sepuluh saksi

Ketika ditanya, Zuraida mendakwa helaian berkenaan merupakan "bukti sahih" kerana "kita masuk ke sana dan ambil bahagian sebagai salam seorang daripada (pendatang asing)."

Jelasnya, beberapa orang "kawan-kawan kita" berjaya memasuki pusat pemutihan yang enggan dipastikan lokasinya itu dan berjaya mendapat salah satu daripada salinan dokumen itu keluar.

"Setakat ini kita ada sepuluh orang saksi. Kita sedang kumpul lebih banyak bukti sebelum kita bawa mereka ke hadapan untuk dedahkan (perbuatan tersebut)," katanya.

Zuraida hanya berkata, PKR sebelum ini membuat pendedahan mengenai kegiatan memberikan kerakyatan kepada pengundi, yang didakwa berlaku di Sepang, Hulu Selangor dan Shah Alam.

"Kita akan dedahkan banyak lagi bukti lebih konkrit," katanya lagi di sidang media yang turut dihadiri dua orang wakil rakyat PKR Selangor -- Elizabeth Wong dan Nik Nazmi Nik Ahmad.


sumber malaysiakini








RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: